Biodata Dayang Anisha Rosnah Adam Isteri Putera Mateen

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Biodata Anisha Rosnah Adam Isteri Putera Mateen yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Putera Mateen Kahwin, Ini Biodata Isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam | Iluminasi

Lain: Biodata Putera Mateen Hassanal Bolkiah (nadz.my)

Biodata Dayang Anisha Rosnah

Nama penuh: Dayang Anisha Rosnah binti Adam

Nama terkenal: Dayang Anisha, Anisha Isa-Kalebic

Umur: 30 tahun (2024)

Tarikh lahir: 1994

Pendidikan: Berkelulusan daripada sebuah universiti di England

Pekerjaan: Usahawan

Latar Belakang Dayang Anisha Rosnah

1. Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Haji Awang Isa Awang Ibrahim, yang mempunyai pengaruh besar di negara Brunei Darussalam.

2. Datuknya ialah seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

3. Datuknya pernah menduduki jawatan Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970. Dari November 1974 hingga Januari 1984, beliau berperanan sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang telah diasaskannya.

4. Dayang Anisha terlibat dalam industri fesyen melalui perniagaan Silk Collective yang diusahakan bersama rakan baiknya.

Fakta Menarik Anisha Rosnah

1. Abang kandung Anisha, yang dikenali sebagai Danial Deen Isa Kalebic, bersahabat akrab dengan Putera Mateen dan mereka kerap bermain bola sepak bersama.

2. Ada yang menyatakan bahawa Dayang Anisha adalah sepupu jauh kepada Putera Mateen, yang membuat dia kenal Putera Mateen sejak kecil lagi, termasuk keakraban yang terjalin di antara kedua keluarga.

3. Tidak hanya memiliki kecantikan yang menawan, Anisha juga menunjukkan minat dalam dunia memasak. Malah, wanita ini mempunyai akaun Instagram (IG) khusus untuk berkongsi hasil masakannya.

4. Bukan sahaja suka memasak, Anisha juga menyukai gaya hidup sihat dengan rutin bersenam.

Sumber: Putera Mateen Kahwin, Ini Biodata Isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam | Iluminasi