Biodata Azizulhasni Awang, Pelumba Basikal Trek Profesional

Azizul Hasni Awang, atau nama penuh beliau Mohd Azizulhasni Awang adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Azizul Hasni Awang, Azizulhasni Awang biodata, biografi Azizulhasni Awang dan fakta menarik Azizulhasni Awang.

Biodata atlet lain: Biodata Lee Zii Jia, Pemain Badminton Malaysia

Biodata Azizulhasni Awang

Berikut adalah biodata Azizul Hasni Awang secara ringkas:

Fakta Menarik Azizulhasni Awang

Berikut adalah fakta menarik Azizul Hasni Awang dan pencapaian Azizulhasni Awang:

  1. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia.
  2. Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati iaitu Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010.
  3. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
  4. Sebelum memasuki sekolah sukan, bakat Jijoe diasah menerusi Pasukan Berbasikal Terengganu.
  5. Mendapat hadiah basikal terpakai oleh ayahnya kerana mendapat keptusan cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1 B.
  6. Mendapat jolokan nama The Pocket Roketman kerana saiz tubuhnya yang kecil.
  7. Dibesarkan dalam keluarga angkat oleh pasangan suami isteri, Mustafa Ngah dan Salmiah Yong. Walaupun begitu, Jijoe tetap berhubung dan rapat dengan keluarga sebenarnya sehingga kini.
  8. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
  9. Pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kabangsaan di Anugerah Sukan Negara 2010 dan Anugerah Atlit Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2010.
  10. Pelbagai kejayaan hebat telah dilakar oleh jaguh sukan berbasikal ini sama ada di dalam atau luar negara antaranya pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pingat gangsa acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek  Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London dan pingat emas acara kierin dan pecut 200km di Kejohanan Trek Asia 2008.
  11. Pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik  Beijing 2008.
  12. Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Funia Klasik UCI di Manchester, England pada tahun 2011.
  13. Mempunyai lebih 135,000+ pengikut di Instagram miliknya.

Sumber: Azhan