Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sejak dari 1 Mac 2013 lagi. Dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19 sehinggakan Malaysia antara negara terbaik di dunia dalam menangani wabak COVID-19. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.
Biodata lain: Biodata Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara Ke-13
Biodata Noor Hisham Bin Abdullah
Berikut adalah biodata DG Hisham:
- Nama Penuh: Noor Hisham bin Abdullah
- Nama Gelaran: Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
- Tarikh Lahir: 21 April 1963
- Tempat Lahir: Sepang, Selangor
- Nama Isteri: Nik Suwaida Nik Mohammad Mohyideen
- Senarai Nama Anak: Muhammad Khair
Pendidikan Noor Hisham
Berikut adalah latar belakang pendidikan DG Hisham:
Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bermula dari Matrikulasi UKM, Ijazah Pertama sehinggalah menamatkan pengajian Master di UKM.
Bil. | Kelulusan | Tahun |
1. | Medical Doctor M.D (UKM) | 1988 |
2. | Master of Surgery M.S (UKM) | 1994 |
3. | Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery | 1997 |
4. | Academy of Medicine Malaysia (A.M.) | 1998 |
5. | Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) | 2004 |
7. | Advanced Management Program, Oxford Business School, UK | 2008 |
Kerjaya Noor Hisham
Berikut adalah latar kerjaya DG Hisham dan pengalaman kerja beliau:
Ketua Pengarah Kesihatan | 01.03.2013 |
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) | 29.01.2008 |
Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya | 16.08.2002 |
Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur | 16.01.1998 |
Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia | 1997-1998 |
Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia | 1997 |
Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu | 01.07.1994 |
Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur | 1990-1994 |
Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur | 02.10.1989 |
House Officer University Hospital Kuala Lumpur | 01.08.1988 |
Pencapaian DG Hisham
- Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
- Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL
- Dinamakan sebagai ‘antara doktor terbaik dunia’ oleh China Global TV Network (CGTN) sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani Covid-19 di Malaysia. (April 2020)
- Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020.(Julai2020)
- Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M (Ogos 2020)
- Dinamakan antara Trio Wira Covid dalam portal The Independent, Singapura.(Oktober 2020).
- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) UKM 2021.
Sumber: Mywilayah