Ernie Zakri atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Ernie Zakri dan fakta menarik Ernie Zakri.
Biodata lain: Biodata Sharifah Rose, Instafamous Dan Pelakon
Isi Kandungan
Tunjuk
Biodata Ernie Zakri
- Nama penuh: Nur Ernie Shahirah Zakri
- Nama pentas: Ernie Zakri
- Tarikh lahir: 23 Jun 1992
- Umur: 26 tahun
- Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
- Pekerjaan: Penyanyi dan guru vokal
- Media sosial: Instagram @erniezakri
Fakta Menarik Ernie Zakri
- Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuala Lumpur.
- Berkelulusan Diploma Muzik (Vokal) daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjana Muzik, Universiti Malaya.
- Ibunya, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain. Manakala bapanya, Zakri Ahmad pula merupakan pemain dram kumpulan band Kilat.
- Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
- Memperjuangkan muzik bergenre Balada dan Pop.
- Diangkat sebagai juara pertandingan nyanyian Bintang RTM 2009.
- Kemudiannya Ernie menjadi artis rakaman menerusi album berjudul Sinaran pada tahun 2011.
- Bagaimanapun kemunculan awalnya dalam dunia seni ketika itu tidak begitu mendapat sambutan di kalangan peminat muzik tempatan.
- Hanya selepas menjuarai program Duo Star bersama rakan gandingan, Syamel, beliau mula mendapat liputan meluas hingga menjadi antara penyanyi pelapis wanita negara yang terkenal dengan kualiti vokal yang baik.
- Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Mahu Ingin Bercinta (2011), Rindu Bukan Teman (2011), Khalimah Janji (2012), Takkan Pudar (2015), Ini Yang Ku Mahu (2015), Jangan Marah (2016) dan banyak lagi.
- Beliau dianugerahkan trofi Anugerah Vokal Terbaik (bersama Syamel) di Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu Aku Cinta dan Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
- Sebagai guru vokal, kelas Ernie bukan sahaja diikuti oleh orang awam, malah beberapa penyanyi popular seperti Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.
- Beliau turut memegang peranan sebagai pelatih dan guru vokal yang bertanggungjawab memperkasakan bakat peserta rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2018 anjuran Astro.
Sumber: Iluminasi