Biodata Iman Troye (Imantroye), Penyanyi Popular

Iman Troye (Imantroye) atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Iman Troye dan fakta menarik Iman Troye.

Biodata Instafamous lain: Biodata Sharifah Rose, Instafamous Dan Pelakon

Biodata Iman Troye

  • Nama sebenarnya, Iman Alyssa Sahabudin. 
  • Menggunakan nama pentas, Iman Troye. 
  • Berumur 18 tahun (2020). 
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, model dan instafamous. 
  • Muncul dengan single sulung berjudul Teman ciptaan dan tulisan lirik oleh Ezra Kong dan A.Ramlee. 
  • Video lirik Teman sehingga kini telah mencatatkan lebih 3 juta tontonan di laman Youtube. Muzik video rasminya pula meraih lebih 1 juta tontonan sejak dimuat naik lima hari lalu. 
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @imantroye mengumpul lebih 990,000 pengikut.

Fakta Menarik Iman Troye

  • Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. 
  • Pernah bergelar model sambilan untuk jenama-jenama pakaian muslimah tempatan seperti Leeyanarahman. 
  • Gemar memuat naik nyanyian lagu cover di media sosial. 
  • Mendapat jolokan sebagai ‘Nabila Razali 2.0’.
  • Mula dipanggil dengan nama ‘Iman Troy’ sejak umur 14 tahun yang mana sebutan untuk Troye adalah ‘Troy’ (tanpa membabitkan sebutan ‘e’). 
  • Pernah mencetuskan kontroversi pada Mei lalu kerana tindakannya berbaring atas pokok landskap sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewaktu menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah. 
  • Single Teman nyanyiannya berjaya menewaskan lagu Cute dendangan Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, Penat (Andi Bernadee) dan Terlanjur Cinta (Hael Husaini, Cakra Khan) sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020. 
  • Pernah menerima kejutan daripada penyanyi pujaannya, Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber: Iluminasi