Biodata Isa Isarb, Youtuber Terkenal

Isa Isarb, atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman merupakan seorang personaliti media sosial dan youtuber ternama Malaysia. Beliau dikenali umum selepas sering menghasilkan konten video yang berkonsepkan ‘challenge’ dan prank. Berikut merupakan info penuh mengenai biodata Isa Isarb, Isa Isarb biodata, biografi Isa Isarb, dan fakta menarik Isa Isarb.

Biodata popular lain: Biodata Mira Filzah, Pengacara & Pelakon Popular

Biodata Isa Isarb

Berikut adalah biodata Isa Batharul Zaman:

  • Nama sebenarnya, Isa bin Batharul Zaman.
  • Menggunakan nama komersial, Isa Isarb.
  • Berumur 23 tahun (2021).
  • Berasal dari Selangor.
  • Lahir pada 11 April 1998.
  • Dikenali di kalangan pelayar media sosial sebagai seorang youtuber dan instafamous.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @isaisarb sehingga kini mengumpul lebih 356,000 pengikut.
  • Laman Youtubenya yang juga atas namanya sendiri diikuti lebih 876,000 pelanggan.

Fakta Menarik Isa Isarb

  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
  • Selepas populariti yang melonjak naik, beliau pernah diundang menjayakan sesi wawancara dalam rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini di TV3 dan program Motif Viral terbitan Astro.
  • Pada Februari 2020, beliau dan rakan kumpulannya menjadi bahan bualan sensasi di kalangan warganet gara-gara tindakan mengagihkan wang berjumlah RM10,000 kepada para petugas media di hadapan Istana Negara.

Sumber: Iluminasi