Biodata Ustazah Asma’ Harun, Pendakwah Terkenal

Ustazah Asma Harun merupakan seorang pendakwah terkenal yang berjaya menyampaikan ilmunya dengan begitu hebat sekali sehingga diminati ramai. Berikut adalah biodata ustazah asma’ harun ( biodata asma harun ) untuk pengetahuan anda.

Biodata pendakwah lain: Biodata Dr Muhaya, Pakar Motivasi

Biodata Ustazah Asma’ Harun

Berikut adalah ustazah asma harun biodata untuk pengetahuan anda:

  1. Nama: Asma’ Binti Harun
  2. Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
  3. Tempat Tinggal: Seremban, Negeri Sembilan
  4. Nama Pasangan: Tengku Fazli Bin Tengku Yahya
  5. Pekerjaan: Pensyarah kejuruteraan kimia
  6. Anak: 7 Orang
  7. Nama Ibu: Fikriah Binti Awang
  8. Nama Bapa: Harun Bin Ismail

Pendidikan:

  • SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka
  • SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat (pendidikan awal)
  • Diploma Syariah (KUSZA)
  • Ijazah Syariah (Universiti Al-Azhar)
  • Master Pengajian Islam (OUM Negeri Sembilan)

Pekerjaan: Pendakwah, penceramah bebas, motivator, perundingcara rumahtangga, bekas penolong pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan penolong pengarah Bahagian Halal

Petikan Doa Ustazah Asma Harun Buat Anak Yang Menduduki Peperiksaan

MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG. Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas, Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan. Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah. Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq Allahumma Ya Baari’ (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan. Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin, Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini. Allahumma Ya Ba’its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini. Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka. Ya Rahman ya Rahim ya Ro’uf ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu. Ameen ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan) Selamat berjuang duhai Anak. Moga bermanfaat.

Sumber: Bidadari