Biodata Ziyad Zolkefli, Pemenang Pingat Emas Paralimpik

Ziyad Zolkefli, atau nama penuhnya Muhammad Ziyad Bin Zolkefli merupakan seorang atlet sukan lontar peluru. Beliau juga merupakan pemenang pingat emas paralimpik 2016. Berikut adalah maklumat mengenai biodata Ziyad Zolkefli, biodata Muhammad Ziyad Bin Zolkefli, Ziyad Zolkefli biodata, fakta menarik Ziyad Zolkefli dan pencapaian Ziyad Zolkefli.

Biodata atlet paralimpik lain: Biodata Bonnie Bunyau Gustin, Atlet Paralifting Malaysia

Biodata Ziyad Zolkefli

Berikut adalah biodata Ziyad Bin Zolkefli atau infografik Ziyad Zolkefli untuk panduan anda:

  • Nama Penuh: Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
  • Tarikh Lahir: 15 Mac 1990
  • Tempat Lahir: Pahang
  • Ketinggian: 184 cm
  • Tahap Pendidikan: SPM
  • Ranking Dunia Terkini: 2
  • Nama Isteri: Zafira Nasir
  • Anak: Zuhayra Zafra (2017), Tariq Xavier (2019)
  • Tempat Tinggal: Kuala Lumpur
  • Hobi: Menonton filem

Fakta Menarik Ziyad Zolkefli

Berikut adalah fakta menarik Muhammad Ziyad Bin Zolkefli:

  1. Ziyad dilahirkan dengan masalah pembelajaran dan berjaya dikesan masalahnya itu oleh ibu bapa beliau semasa beliau masih lagi berada di tadika.
  2. Ziyad yang merupakan anak sulung daripada keempat-empat adik beradiknya itu dikatakan merupakan seorang yang amat rajin dan terkenal dengan sikapnya yang berdikari sejak di usianya yang masih muda.
  3. Tahun 2008 merupakan tahun pertama keterlibatan Ziyad Zolkefli secara serius dalam sukan lontar peluru.
  4. Tanggal 11 September 2016 merupakan detik paling bersejarah buat Ziyad kerana menjadi pemenang pingat emas paralimpik 2016 dalam sukan lontar peluru.

Pencapaian Ziyad Zolkefli

  • 2019 – SEA Games (Philippines) Silver
  • 2019 – World Para Athletics Championships (Dubai) Silver
  • 2018 – ASIAN Paragames (Indonesia) Gold
  • 2017 – ASEAN Paragames (Kuala Lumpur) Gold
  • 2017 – SEA Games (Kuala Lumpur) Bronze
  • 2016 – Paralympics Games (Rio de Janeiro) Gold

Sumber: Thepatriots