Pada pembentangan Bajet 2021 pada baru-baru ini, kerajaaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2021 Belanjawan Malaysia
Isi Kandungan
Tunjuk
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Maklumat mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah seperti berikut.
Jumlah Dan Kategori Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- RM1,200 kepada pendapatan isi rumah kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak, RM1,800 kepada yang ada dua anak atau lebih.
- RM800 kepada pendapatan isi rumah RM2,501-RM4,00 dan ada seorang anak, RM1,200 kepada yang ada dua anak atau lebih.
- RM500 kepada isu rumah pendapatan RM4,001 hingga RM5,000 dan ada seorang anak, RM750 kepada dua anak atau lebih.
- RM350 kepada bujang pendapatan RM2,500 ke bawah dan had umur diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini 40 tahun.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sumber: Mysumber