Cara Basuh Uri & Tanam Yang Kaum Ayah Perlu Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara basuh uri & cara tanam uri selepas basuh dengan betul yang kaum ayah dan bakal bapa perlu tahu

Lain: Kenapa Bayi Susah Tidur

Apa itu Uri

Uri atau plasenta adalah sementara yang menghubungkan bayi dengan rahim semasa kehamilan. Plasenta berkembang sejurus selepas persenyawaan berlaku dan melekat di dinding rahim.

Bayi disambungkan dengan plasenta melalui tali pusat. Kedua-duanya bertindak sebagai talian hayat bayi dalam kandungan anda.

Bagi wanita yang melalui proses kelahiran secara normal, plasenta akan keluar selepas bayi dilahirkan. Manakala untuk ibu yang melahirkan secara caesarean, doktor akan mengeluarkan plasenta daripada rahim semasa prosedur kelahiran.

Cara Basuh Uri Bayi

Ikuti langkah berikut untuk ketahui cara cuci uri mudah untuk panduan bapa.

Bahan yang diperlukan

Berikut adalah bahan dan perkakasan yang perlu anda sediakan sebelum memulakan proses mencuci:

  1. Uri.
  2. Garam kasar.
  3. Asam jawa.
  4. Kain putih.

Sekiranya uri kelihatan agak membusuk, anda boleh menggunakan bahan tambahan seperti limau purut bagi membantu menghilangkan bauan tersebut.

Cara Cuci Uri mudah untuk panduan bapa

1. Semak keadaan bungkusan uri dari hospital dimana hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.

2. Kita mulakan cara basuh uri dengan buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.

3. Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.

4. Lebih mudah basuh dalam besen. Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.

5. Langkah seterusnya, campuran bahan lain dengan ambil sedikit garam dan asam jawa. Letakkan garam dan asam jawa pada uri. Kemudian lumurkan garam dan asam jawa pada uri.

6. Dah selesai, kena bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa. 

7. Masa untuk bungkus uri dengan sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

8. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih. Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.

9. Masa untuk balut uri dengan meletakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.

10. Langkah seterusnya dengan meletakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.

11. Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas. 

12. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.

13. Langkah seterusnya, gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.

14. Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki dan akhirnya masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.

15. Timbus tanah dan pijak sehingga rata. Jangan lupa letak tanda seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.

Diharapkan info mengenai cara basuh uri & cara tanam uri di atas ini dapat berikan anda maklumat yang baru.

Sumber: Cara Basuh Uri: 5 Langkah Yang Kaum Ayah Perlu Tahu, Mudah Sahaja! (hellodoktor.com)

Facebook Azlannor Fadzilah