Cuti Tanpa Gaji (CTG) : Syarat & Cara Mohon

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cuti Tanpa Gaji (CTG) : syarat & prosedur permohonan yang perlu anda tahu

Lain: Senarai Jenis Cuti Tanpa Rekod

Cuti Tanpa Gaji

Cuti tanpa gaji atau CTG kebiasaannya diambil oleh seorang penjawat awam yang mempunyai urusan persendirian yang mustahak yang tidak menyalahi peraturan dan tatatertib pegawai perkhidmatan awam.

CTG biasanya diambil setelah individu tersebut menghabiskan Cuti Rehat tahunan dan mematuhi syarat-syarat tertentu, antaranya tempoh perkhidmatan.

Penting untuk anda ketahui di mana CTG yang dipohon oleh seseoran individu perlulah mendapat kelulusan Ketua Jabatan.

Contoh CTG

Berikut merupakan antara contoh cuti tanpa gaji sebab atau kes yang menyebabkan seseorang pekerja itu mengambil CTG:

  • Mengikut pasangan yang bertugas di luar negara
  • Menjaga anak yang dilahirkan
  • Menjaga anak sakit yang memerlukan penjagaan rapi
  • Menjaga anak OKU
  • Pasangan yang sakit dan memerlukan bantuan penjagaan
  • Berkursus
  • Sakit berlanjutan seperti barah atau kanser

Syarat permohonan Cuti Tanpa Gaji

Berikut merupakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh seseorang pemohon bagi membolehken permohonan mereka dipertimbangkan oleh Ketua Jbatan masing-masing:

  1. Syarat minimum layak memohon CTG di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
  2. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil CTG;
  3. Baki CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
  4. CTG hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
  5. Kadar CTG adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.

Cara mohon CTG

Permohonan CTG perlulah dibuat kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk dipertimbangkan.

Permohonan perlulah dihantar 2 bulan sebelum mula CTG.

Klik pautan di bawah untuk contoh borang permohonan CTG. Sila rujuk dengan Jabatan masing-masing sekiranya terdapat borang yang lebih baruuntuk digunakan.

Download Borang Permohonan Cuti Tanpa Gaji

Pastinya anda turut melampirkan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan dalam senarai semak di atas.

Borang permohonan di atas adalah untuk digunakan oleh penjawat awam dibawah kerajaan Persekutuan yang diuruskakn oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bagi penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Negeri, borang yang digunakan adalah berlainan.

Diharapkan info cuti tanpa gaji di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Cuti Tanpa Gaji (CTG): Syarat dan Prosedur Permohonan (ecentral.my)