Panduan Cara Bayar AEON Credit

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info cara bayar AEON Credit melalui service centers, kaunter, CDM, CDT, ATM, & Internet Banking

Lain: Semak Bil Astro & Cara Bayar Astro Online

AEON Credit

Berikut adalah maklumat mengenai AEON Credit yang dikongsikan oleh artikel asal di laman √ Cara Bayar AEON Credit Online, ATM, Maybank2u, CIMB (digicentre.xyz)

Apa itu AEON Credit

Menurut laman pinjamanperibadibank.com, AEON Credit Service (M) Berhad atau lebih dikenali sebagai AEON Credit adalah sebuah institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. AEON Credit mula bertapak sebagai institusi kewangan dengan memperkenalkan skim pinjaman Easy Payment pada tahun 1997.

Cara Bayar AEON Credit

Berikut adalah tips cara bayar AEON Credit:

Bayar AEON Credit Melalui Service Centers

Di Service Centers Anda boleh melakukan pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau melalui pegawai.

Waktu operasi Cawangan Kredit AEON:

  • Semenanjung Malaysia
    Isnin-Sabtu: 9.00 pagi-6.00 petang
    Ahad antara 25 hingga 5 haribulan: 10.00 pagi-6.00 petang
    Cuti Umum: Tutup
  • Wilayah Timur
    (Terpakai untuk Kelantan & Terengganu sahaja)
    Sabtu – Khamis : 9.00 pagi – 6.00 petang
    Jumaat/ Cuti Umum : Tutup

Cara bayar melalui AEON:

  1. Kunjungi Service Centers terdekat.
  2. Bincangkan kepada pegawai Service Centers bahawa Anda ingin membayar AEON Credit.
  3. Ikuti arahan yang diberikan sehingga berjaya.
  4. Selesai.

Bayar AEON Credit Melalui Kaunter

Anda juga dapat melalukan bayar AEON Credit melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Yuran dan Caj bayaran sebesar RM1.00

Bayar AEON Credit Melalui Cash Deposit Machines (CDM)

AEON Credit juga memudahkan para pelanggan aktifnya dengan membolehkan membayar AEON Credit melalui Mesin Deposit Tunai yang boleh didapati di tempat-tempat di bawah ini berserta fi dan caj yang ada:

  • Maybank: RM1.00
  • Publick Bank: RM1.00
  • CIMB: RM1.00
  • Alliance Bank: RM0.50
  • BSN: RM1.00

Bayar AEON Credit Melalui Cheque Deposit Terminals (CDT)

Pembayaran AEON Credit juga boleh dilakukan di Terminal Deposit Cek yang boleh didapati di tempat-tempat ini:

  1. Public Bank dengan fi dan caj sebesar RM1.00
  2. Alliance Bank dengan fi dan caj sebesar RM0.50

Nota: Caj pembayaran akan dicaj ke dalam akaun kad kredit Anda.

Bayar AEON Credit Melalui ATM

Bayaran balik AEON Credit dapat di bayar melalui ATM:

  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank
  • AmBank
  • Alliance Bank
  • Maybank

Contoh cara bayar AEON credit guna BSN (myBSN)

  1. Masukkan kad Bank BSN anda.
  2. Pilih bahasa pilihan anda.
  3. Pilih Payment/Bayaran di menu utama.
  4. Pilih Other Loan/Pinjaman Lain.
  5. Pilih AEON pada skrin penerima.
  6. Masukkan jumlah bayaran masuk.
  7. Masukkan nombor perjanjian/kad kredit anda.
  8. Pilih YA untuk meneruskan pembayaran.
  9. Ambil resit anda.

Bayar AEON Credit Melalui Internet Banking

Anda boleh buat bayaran balik AEON melalui senarai bank di bawah ini.

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • BSN
  • AmBank

Contoh cara bayar AEON credit melalui CIMB Clicks

  1. Log masuk CIMB Clicks
  2. Selepas berjaya log masuk, sila pilih Pay Bill
  3. Pilih akaun simpanan Anda pada pilihan Payment From 
  4. Pilih jenis pembayaran AEON anda pada pilihan Payment to
  5. Masukkan no contract/credit card number
  6. Masukkan jumlah pembayaran
  7. Klik Submit
  8. Selesai

Bayar AEON Credit Melalui Inter-Bank Giro

Cara bayar yang terakhir iaitu Anda boleh bayar AEON Credit Melalui Inter-Bank Giro, untuk malumat lanjut Anda boleh hubungi 03-5629-8888.

Sumber: √ Cara Bayar AEON Credit Online, ATM, Maybank2u, CIMB (digicentre.xyz)