Cara Buat Google Form

Apa itu Google Form? Pernahkah anda dengar tentang Google Form? Anda telah datang ke laman yang tepat sekiranya anda ingin tahu apakah google form dan pernah mencari cara buat google form untuk pelbagai tujuan seperti dibawah ini:

  1. Cara buat google form kehadiran
  2. Cara buat google form kuiz
  3. Cara buat google form dan qr code
  4. Cara buat google form soalan
  5. Cara buat google form undian
  6. Cara buat google form soal selidik

Tips lain: Tips Jimat Aircond & Tips Jimat Elektrik Dari TNB Semasa PKP

Cara Buat Google Form

Apa itu Google Form?

Apakah google form? Google Form ialah sebuah alat daripada Google yang membolehkan anda mengumpul maklumat daripada pengguna Google lain menggunakan kaji selidik ataupun kuiz.

Mereka akan respon kepada kaji selidik/soal selidik/kuiz yang dijalankan oleh anda, dan maklumat respon mereka akan dikumpulkan dan akan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang mengandungi taburan data mereka.

Cara Buat Akaun Google

Sekiranya anda sudah ada akaun Gmail, bermakna anda sudah ada akaun google dan tidak perlu untuk buat carian untuk cara buat akaun google baru.

Anda boleh terus layari laman web https://www.google.com/forms/about/. Juga boleh terus taip Google Form di browser, dan pilih link home page yang teratas.

Google Form Personal Atau Business

Anda akan dibawa ke laman seterusnya, Terdapat dua pilihan, sama ada Google Form untuk peribadi (Personal) atau Google Form untuk tujuan bisnes (Business). Pilih sahaja Personal untuk teruskan.

Contoh Template Google Form

Pada laman seterusnya, anda akan dapat melihat pelbagai template untuk Google Form anda, seperti template untuk maklumat nombor telefon (Contact Information), undangan ke parti (Party Invite), pendaftaran untuk sesebuah majlis (Event Registration), dan sebagainya untuk anda pilih.

Yang paling popular dan selalu digunakan oleh orang ramai ialah buat Google Form untuk pendaftaran. Template ini telah disediakan kategori untuk diisi, seperti nama responden, emel responden, alamat responden serta soalan-soalan untuk responden. Template form ini juga mengandungi background yang berlainan warna, mengikut kategori form.

Cara Edit Template Google Form

Dalam sesebuah template, telah disediakan contoh-contoh soalan dan pernyataan yang ada boleh gunakan untuk form anda yang ingin dihantar kepada orang yang anda inginkan. Anda boleh memilih untuk menggunakan soalan-soalan ini, ataupun anda boleh mengubah soalan ini mengikut cita rasa anda.

Misalnya, anda memilih template untuk Contact Information. Tetapi, anda ingin mengubahnya sedikit. Anda boleh melakukannya pada tajuk form, deskripsi form dan juga maklumat dalam form. Klik sahaja mana-mana yang anda ingin tukar, kemudian tulis semula mengikut cita rasa anda. Untuk bahagian maklumat form, anda boleh tulis semula apa yang anda mahu.

Contoh Soalan Untuk Responden

Jika Google Form ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dari responden seperti survey, anda boleh sunting dengan mudah. Untuk bahagian responden, anda boleh meletakkan pelbagai jenis cara untuk responden menjawab soalan/kenyataan anda.

Pilihan yang ada ialah:

  • Short answer
  • Paragraph
  • Multiple choice
  • Checkboxes
  • Drop-down
  • File upload
  • Linear scale
  • Multiple choice grid
  • Tick box grid
  • Date
  • Time

Short answer & paragraph : Apabila anda memilih salah satu daripada ini untuk option jawapan kepada responden, maka akan tertera garisan pendek atau panjang untuk responden mengisi jawapan.

Multiple choice: Anda mampu meletakkan seberapa banyak option untuk pilihan jawapan responden

Checkboxes: Sama seperti Mutiple Choice, tetapi jawapan disertakan dengan bentuk kotak untuk ditandakan dalam Google Form

Drop-down: Sama seperti fungsi drop-down biasa, untuk responden memilih jawapan

File upload: File yang dimuatnaik oleh responden akan dihantar ke Google Drive milik anda. Responden perlu sign-in ke Google untuk menjawab soalan yang memerlukan file upload ini. Anda boleh menentukan saiz file yang boleh dimuatnaik oleh responden, serta jumlah file yang dibenarkan untuk seorang responden.

Linear scale: Biasanya digunakan untuk menentukan rating bagi sesuatu kenyataan atau pertanyaan.

Multiple choice & Tick box grid: Fungsi sama seperti yang biasa, cuma susunan jawapan berbentuk grid dalam Google Form

Date: Responden perlu menjawab dengan memilih tarikh yang tertera pada kalendar yang di-generate secara automatik.

Cara Upload Gambar Dalam Google Form

Anda boleh melakukan pelbagai lagi perkara lain, seperti menambah soalan, memuat naik gambar atau video, atau menambah lagi tajuk dan deskripsi.

Untuk memuat naik gambar,

  • Terdapat mini-menu di bahagian kanan form. Cari ikon Add Image.
  • Anda mampu memuat naik gambar dengan pelbagai cara, seperti upload gambar di dalam komputer atau telefon pintar anda, mengambil snapshot menggunakan webcam atau kamera telefon anda, meletakkan URL untuk gambar tersebut, gambar daripada Google Drive anda ataupun search sendiri menggunakan browser.
  • Fungsi ini adalah sama sekiranya anda ingin memuat naik video.

Cara Buat Template Google Form

Anda juga boleh memilih untuk cipta Google Form anda sendiri tanpa template dengan menekan butang Blank.

Cara Buat Link Google Form

Selepas anda siap memasukkan maklumat pada Google Form, anda boleh menghantar Google Form Anda boleh menghantar menggunakan tiga cara. Pertama, dengan emel kepada satu-satu emel pada satu-satu masa.

Kedua, dengan mendapakan link URL untuk Google Form ini dan anda boleh hantar link ini ke mana-mana platform. Ketiga, dengan Embed HTML.

Sumber: therohani.com