Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct Message

Bagi mereka yang menjadi online seller, penting untuk ketahui cara buat link whatsapp untuk memudahkan pelanggan terus direct message anda tanpa perlu save contact atau add nombor dahulu.

Dengan adanya link whatsapp ini memang memudahkan untuk pembeli seperti dalam gambar di bawah ini.

cara buat link wasap

Cara Buat Link Whatsapp

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara buat link wasap secara percuma tanpa perlu bayar satu sen pun. Langkah pertama dengan cara copy dan paste link whatsapp di bawah ini.

http://www.wasap.my/60124455678

Lepas copy, ubah nombor telefon selepas nombor 6 itu kepada nombor telefon anda. Jangan lupa masukkan sekali kod nombor 6 dekat depan itu untuk elakkan link tidak menjadi.

Anda juga boleh tambah sikit ayat dekat belakang link itu supaya kita boleh tahu dari manakah orang yang mesej kita dapat nombor telefon kita ini. Edit link di atas untuk menjadi link baru di bawah ini.

http://www.wasap.my/60124455678/nakOrderKek

Link yang baru ini bolehlah paste di Facebook, Instagram, Twitter atau dimana-mana tempat anda beriklan. Selamat mencuba.

cara buat link whatsapp