Dengan teknologi kini yang makin canggih, masih ramai lagi diluar sana yang sering diperdaya oleh scammer. Scammer pula makin licik memperdayakan pengguna lebih-lebih lagi golongan tua. Dalam artikel ini kami kongsikan cara check scammer online.
Salah satu cara mudah untuk cara nak check scammer adalah melalui sebuah portal khas PDRM https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID). Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.
Tutorial Lain: Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct Message
Cara Check Scammer
Sebelum anda membuat bayaran atau meneruskan urusniaga, terutamanya dalam jumlah yang besar, anda boleh buat semakan nombor akaun atau nombor telefon. Cara check akaun scammer ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Berikut adalah langkahnya:
- Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau menerusi aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
- Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu:
- Nombor akaun bank
- Nombor telefon
- Pilih salah satu daripada kategori di atas.
- Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
- Masukkan maklumat Captcha
- Tekan butang ‘Semak Maklumat’
- Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.
Semakan No Telefon Atau No Akaun Scammer Online (Melalui Laman Web CCID)
Menerusi laman web CCID, anda hanya perlu masukkan nombor telefon atau nombor akaun orang yang kita hendak check dalam ruang yang disediakan dan tekan semak maklumat.
Semakan akan memberitahu kita bahawa ada orang sudah pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer. Carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang turut membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang anda masukkan tadi.
Cara Check No Telefon Atau No Akaun Scammer Melalui Apps
Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai di luar dan jauh dari komputer, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di telefon anda menerusi Google Play Store.
Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.
Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi dan amaran seperti ini:
Dengan adanya maklumat ini, bolehlah anda meneruskan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat.
Sumber: Harianpost.my