Salah satu makanan yang boleh dikatakan paling mudah untuk disediakan adalah seperti ikan, ayam, atau daging bakar. Ini kerana untuk sediakan makanan ini, hanya perlu beberapa bahan perapan dan hanya letak di pemanggang untuk tunggu siap dimasak.
Namun begitu, salah satu masalah apabila kita membakar di atas dapur grill atau menggunakan pemanggang, kadang-kadang ayam atau ikam yang dibakar itu melekat dan susah untuk dibalikkan.
Cara Elak Ayam Melekat
Untuk mengatasi masalah ini, ada yang memilih untuk menyapukan minyak pada dapur grill itu tetapi sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan dengan mudah sebagai cara elak daging melekat di pemanggang yang terbukti berkesan.
Guna Kentang Elak Daging Melekat
Menerusi satu video yang viral di TikTok, kentang boleh digunakan sebagai salah satu cara elak daging melekat di pemanggang. Caranya mudah sahaja di mana anda perlu sapukan besi pemanggang dengan kentang yang telah dibuang kulitnya dan dipotong.
Video yang mendapat sebanyak 2.5 juta tontonan memaparkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini menggunakan kentang. Video tersebut boleh ditonton di sini.