Peraturan Cermin Gelap JPJ 2024

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai peraturan cermin gelap jpj terkini seperti ketelusan cahaya vlt serta permohonan cermin gelap jpj

Artikel berkaitan: Panduan Apa Perlu Buat Bila Kemalangan Jalan Raya

Peraturan Cermin Gelap JPJ

Berikut adalah panduan dan peraturan cermin gelap jpj yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/cermin-gelap-jpj/.

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2024

PERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP JPJ (Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT))

Mulai 8 Mei 2019 dibenarkan gelap sepenuhnya cermin belakang & cermin sisi penumpang belakang dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan & kiri.

Cermin Depan Kekal 70 %

Cermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%

Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Pihak yang layak

Mengikuti perkembangan terkini bagi tahun 2022, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang “tinted” di cermin kereta mereka.

Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:

  1. Permohonan Berasaskan KESIHATAN
  2. Permohonan Berasaskan KESELAMATAN

Permohonan Berasaskan KESIHATAN

  1. Pemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/Swasta
  2. Pemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  3. Bagi permohonan jenis ini,Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka

Permohonan Berasaskan KESELAMATAN

Bagi permohonan jenis ini, pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk permohonan:

(i) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:

  1. Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)
  2. Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
  3. Fi Permohonan sebanyak RM 50.00
  4. Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap

(ii) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:

  1. Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
  2. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00) Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00

(iii) Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:

  1. Surat permohonan daripada Kedutaan
  2. Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00
  3. Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap

Proses permohonan Cermin Gelap JPJ

  1. Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) – mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ 
  2. Permohonan akan disemak satu jawatankuasa kahas
  3. Surat keputusan akan dikeluarkan
  4. Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ.

Nota: Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.

Sumber: https://ecentral.my/cermin-gelap-jpj/