Kesihatan tubuh badan secara fizikal biasanya boleh disukat secara mudah menerusi Body Mass Index (BMI). Secara ringkasnya, BMI adalah petunjuk jumlah badan seseorang berdasarkan kiraan nisbah berat badan kepada ketinggian tubuh badannya. Jadi untuk mengira BMI seseorang, anda hanya perlu ketahui berat badannya serta ketinggiannya. Terdapat beberapa Online BMI Calculator untuk memudahkan kiraan BMI anda.
Dengan mengetahui cara kira BMI, seseorang boleh mengetahui sama ada dia kurus (kurang berat badan), normal (berat badan ideal), lebih berat badan, atau obes. Nilai BMI yang lebih besar menggambarkan seseorang itu lebih gemuk. Berat badan yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya kerana seseorang itu boleh terdedah kepada penyakit berbahaya seperti angin ahmar, diabetes, sakit jantung dan darah tinggi.
Manakala kurang berat badan boleh mendatangkan bahaya kerana seseorang itu boleh terdedah kepada penyakit berbahaya seperti anemia, kemurungan, keletihan yang kronik, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan dan sebagainya. Dengan mengetahui nilai BMI tubuh badan masing-masing, setiap orang dapat mengenalpasti apakah langkah yang patut diambil untuk menjadikan BMI tubuh badan lebih ideal samada dengan mengurangkan berat atau sebaliknya.
Cara Kira BMI
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kategori BMI boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
- Kurang dari 18.5: Kurang Berat Badan (Underweight)
- 18.5 hingga 24.9: Normal/Ideal
- 25 hingga 30: Lebih Berat Badan (Overweight)
- Lebih dari 30: Obes
Untuk mengira BMI seseorang, anda perlu mendapatkan nilai berat badannya (dalam kilogram) dan ketinggiannya (dalam meter) dan kemudian memasukkan nilai-nilai tersebut ke dalam formula di bawah:
Sebagai contoh, sekiranya nilai berat badan seseorang itu adalah 60 kg dan tinggi pula adalah 1.7 m, formula untuk kira BMI adalah = 60 / (1.7 x 1.7) = 20.76 (Normal/Ideal).
Cara Kira BMI Online Calculator
Kami menyediakan kalkulator online di bawah ini untuk memudahkan anda mengira BMI secara cepat dan tepat. Sila masukkan berat dan tinggi anda dibawah dan kalkulator ini akan memberitahu nilai BMI anda.
Kesesuaian Penggunaan BMI
Kiraan BMI hanya sesuai digunakan bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun, dan ianya tidak sesuai untuk digunakan oleh golongan berikut:
- Ibu mengandung
- Kanak-kanak
- Individu yang sangat berotot seperti atlet dan ahli bina badan
- Warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot
Faktor Pengaruhi Kira BMI Online Calculator
Sebenarnya, untuk menentukan berat badan seseorang itu adalah ideal atau tidak bukanlah ditentukan oleh kiraan BMI semata-mata. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi kiraan BMI seseorang seperti:
- Bentuk Badan: Seseorang yang sangat berotot seperti ahli bina badan pasti akan mendapat nilai yang tinggi apabila membuat kiraan BMI kerana kiraan BMI tidak dapat membezakan antara berat lemak atau berat otot (kedua-duanya dianggap sebagai berat lemak). Maka, nilai BMI tinggi tersebut adalah tidak tepat dan tidak membuktikan bahawa individu tersebut obes.
- Struktur Tulang: Seseorang yang mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan tinggi atau struktur rangka yang besar akan memperoleh nilai BMI yang tidak tepat dan tinggi walaupun tidak obes.