Dalam artikel ini kami akan kongsikan info panduan cara mudah pakai samping menerusi video tutorial cara pakai samping.
Lain: Jawapan Mufti Mengenai Hukum Lelaki Ikat Rambut / Bertocang
Cara Pakai Samping
Berikut adalah info cara mudah pakai samping yang dikongsikan oleh laman Cara Mudah Pakai Samping (Berserta Video Tutorial) – eCentral
Cara Mudah Pakai Samping
Apa itu “samping”?
Samping secara umumnya adalah kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.
Perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Walaubagaimanapun, perkataan sampin bertukar ke perkataan samping selepas baju Melayu disebarkan ke Kepulauan Riau pada ketika itu.
Selain itu, cara pakai samping bersama baju Melayu pada zaman tersebut membezakan status seseorang pedagang, samada pedagang dalam atau luar.
Penduduk asal di kawasan tersebut mengenakan sampin dengan cara kain sampin dipakai di bawah baju Melayu, iaitu baju berada di luar – cara ini dipanggil ‘Berdagang Dalam’.
Bagi golongan pendatang pedagang pula mengenakan samping dengan cara kain sampin dipakai di atas baju dan baju diselit ke dalam kain. Cara ini dipanggil ‘Berdagang Luar’.
Jenis-jenis ikatan samping
Cara pemakaian samping pada zaman dulu berperanan menunjukkan perbezaan darjat seseorang dalam masyarakat.
Bagaimanapun kini, semua orang bebas memilih cara pakai samping mengikut cita rasa masing-masing.
Terdapat juga cara mengikat samping mengikut pangkat dan darjat seseorang seperti ikatan pancung, ikatan kembung dan ikatan lingkup.
- Ikatan pancung – Golongan Raja, Sultan dan kerabat sahaja.
- Ikatan Kembung – Golongan Pembesar dan orang-orang yang mempunyai gelaran.
- Ikatan Lingkup – Golongan rakyat biasa, tanpa pangkat dan gelaran.
Maksud di sebalik pemakaian samping
Cara pemakaian samping juga mempunyai bahasa atau maksud yang tertentu dari si pemakainya.
- Sampin yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut – Menunjukkan si pemakai sudah berstatus berkahwin dan mempunyai pasangan, iaitu isteri
- Manakala sampin yang dipakai atas paras lutut – Menandakan si pemakai masih berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi
Cara mudah pakai samping
Sekiranya hendak tahu cara pakai samping yang betul, adalah lebih mudah anda pelajari dengan menonton video di laman youtube cara mudah pakai samping.
Untuk belajar cara memakai samping, tidak cukup dengan sekadar membaca sebaliknya anda perlu melihat dengan mata anda sendiri bagaimana melakukannya dengan betul.
Sumber: Cara Mudah Pakai Samping (Berserta Video Tutorial) – eCentral