Jawapan Mufti Mengenai Hukum Lelaki Ikat Rambut / Bertocang

Baru-baru ini di media sosial terdapat perkongsian mengenai satu hantaran yang menyebut bahawa lelaki tidak boleh bertocang dan hukum lelaki ikat rambut. Hantaran tersebut berbunyi begini:

Tips agama lain: Surah Pendek Mudah Dihafal Dalam Rumi Dan Maksud

Hukum Lelaki Ikat Rambut

Soalan :
Saya berambut panjang paras bahu. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah. Saya mengikat rambut supaya ia kelihatan lebih kemas. Ketika berjalan bersama rakan di Masjid Nabawi, saya dimarahi oleh pegawai yang bertugas kerana mengikat rambut dan mengarahkan saya melepaskan ikatan. Bolehkah ustaz jelaskan kenapa saya disuruh berbuat demikian.

Jawapan :
Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah S.A.W. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Rasullullah telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Maka, di sini jelas bahawa pegawai di Masjid Nabawi itu melarang anda melakukan perbuatan haram tersebut. Moga disini sidang pembaca dapat memahami dengan jelas tentang persoalan ini.

Sedutan dari Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Muhamad Riduan Zainal Abidin pada Jumaat.

Soalan : Berapa panjang kesesuaian rambut lelaki yang di bolehkan ?

Daripada Anas yang menceritakan :
“Rambut Rasullulah mencecah dua bahunya”
~~ Sahih al Bukhari

Tetapi, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi s.a.w bersabda ;
“Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka”
~~ Riwayat Imam Abu Daud

Soalan : Bolehkah lelaki mengikat rambut/ tocang/ sanggul ketika solat ?

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya sabda Rasullulah S.A.W :
“Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yg utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yg sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki, serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya (menggulung/melipat) pakaian.”
~~ Riwayat Muslim

Soalan : Kenapa tak boleh tocang/ sanggul/ ikat ?

Rasullulah bersabda :
“Itu ( ikatan rambut) adalah tempat syaitan.”
~Hadis riwayat Abu Dawud

Imam Tirmidzi berkata : “Inilah yg berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kau lelaki solat dengan rambut terikat”.

Sesiapa yang solat dengan rambut terurai ke lantai ketika sujud, ia akan dapat pahala sujud dengan rambut terurai ke lantai. Ini sebab ia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.

Soalan : Kalau tolong bukakan ikatan lelaki yang bertocang semasa solat ?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat ‘Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bangkit dan menguraikan ikatan rambutnya.

Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; “ada apa dengan rambutku ?”
Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, ” Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat”. Riwayat Muslim, Abu Daud, An Nasai. Hukumnya makruh bagi lelaki mengikat rambut ketika solat.

Soalan : Sah atau tak solat lelaki yang berambut panjang melepasi bahu ke pinggang ?
solat tetap sah. Yang diharamkan ialah penampilan menyerupai wanita.

Daripada Ustaz Azhar Idrus :
Soalan : Apakah hukum mengikut rambut ketika solat dan di luar solat.

Disebutkan dlm kitab-kitab fekah, Sunat utk melepaskan rambut didalam dan di luar solat.
Ketika sujud, rambut-rambut tersebut akan turut sama bersujud. Jika rambut terikat, rambut tersebut tidak sujud. Menyalahi melebihi utama jika ikat rambut.

Kepanjangan rambut lelaki setakat bahu sahaja dan jangan merupai perempuan.
Wallahua’lam

Kredit : Galeri Buku Sunnah via Tanyalah Ustaz

Hukum Lelaki Berambut Panjang & Bertocang

Untuk hukum lelaki bertocang, Dato’ Dr Zulkifli Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah membicarakan tentang hal ini. Dalam video beliau, dijelaskan bahawa hukum bagi seseorang lelaki memanjangkan rambutnya adalah dibolehkan kecuali apabila menyerupai wanita.

Di laman web pula disebutkan bahawa dalam permasalahan lelaki mengikat rambut, perlu dilihat, adakah sampai kepada tahap tasyabbuh (penyerupaan) kepada wanita atau tidak. Jika tasyabbuh dengan perempuan, maka seeloknya, hendaklah ditinggalkan. Panjang yang dihadkan yang tidak sampai kepada had keperempuanan.

hukum lelaki bertocang

Sementara itu, solat bagi mereka yang bertocang tetap sah tetapi hukumnya makruh tanzihi bagi lelaki. Rujuk: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3142-al-kafi-1122-solat-dengan-mengikat-rambut

Sumber: Harian Post