in

Cara Order Subway

cara order subway

Subway terkenal dengan makanan yang berasaskan sandwich dan dilihat sebagai cara lebih sihat untuk berdiet. Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara order subway, cara untuk memesan menu di subway, menu subway, subway promotion terkini dan lokasi subway near me.

Bacaan Lain: Cara Order Starbucks

Cara Order Subway

Ikuti langkah dibawah ini bagi cara untuk memesan menu di subway. Senarai menu subway dan senarai harga subway turut disediakan.

Jenis Makanan Subway

Langkah pertama adalah dengan memilih jenis makanan mana yang anda mahu. Terdapat 4 jenis pilihan seperti dalam gambar di bawah iaitu Subway Footlong, 6 inch, salad dan wrap.

menu subway

Jenis Roti Subway

Kemudian anda dikehendaki untuk memilih jenis roti subway. Terdapat 6 jenis roti subway iaitu Hearty Italian, Wheat, Honey Oat, Italian, Parmesan Oregano dan Wrap.

jenis roti subway

Jenis Inti Subway

Sementara roti anda dibakar, anda boleh pilih jenis inti subway. Terdapat 4 jenis menu subway iaitu Classic, Favourites, Signature dan Breakfast. Perincian untuk setiap inti ini adalah seperti berikut:

Classic Subway Menu

classic menu subway
  1. Seafood Sensation – Subway Seafood Sensation ni ada rasa ketam sedikit. Kalau anda pernah rasa ketam yang cucuk-cucuk tu, lebih kurang sama rasa ketam itu dengan rasa Seafood Sensation ini.
  2. Steak and Cheese – Steak and cheese ni ada rasa daging cincang yang diperap sekali dengan bahan perapan dia, jadi rasa macam pekat sikit. Ditambah dengan salt dan pepper membuatkan ianya sedap.
  3. Chicken Teriyaki – Sandwich ini mungkin sesuai untuk orang yang minat makanan Jepun. Teriyaki ini adalah dari daging ayam dan ada rasa manis, maka kalau anda mahu mencuba makan teriyaki ini, boleh mintak tambahan sos Sweet Onion nanti.
  4. Meatball Marinara – Meatball Marinara ini daging meatball dia rasa seperti biasa sahaja, tapi sos marinara sedap kalau makan sewaktu panas. Sos marinara seperti kuah spaghetti.
  5. Spicy Italian – Spicy Italian, seperti namanya, ada rasa pedas dan masin sedikit. Anda juga akan dapat 8 keping daging lembu pepperoni dan salami. Nak tambah rasa, disarankan untuk campur dengan sos yang pedas-pedas macam chipotle southwest, sos BBQ dan sos cili.
  6. Veggie Delite – Menu untuk vegetarian. Roti kosong tanpa isi daging (cuma ada sayur), khusus untuk mereka yang tidak makan daging atau sedang diet.

Signature Subway Menu

signature subway menu

Terdapat tiga jenis menu signature subway, iaitu Subway Club, Subway Melt dan Italian BMT. Ketiga-tiga menu ini sedikit mahal, sebab daging dia bercampur. Daging yang dicampur selalunya adalah daging ayam, daging lembu dan daging ayam belanda.

  1. Italian BMT – Italian BMT merupakan adik beradik kepada Spicy Italian. Dalam sandwich ini ada gabungan salami, pepperoni dan chicken slice. Rasanya ada pedas masin sedikit.
  2. Subway Club – Gabungan antara chicken slice, roast beef dengan turkey breast, rasanya ada campur-campur sedikit.
  3. Subway Melt – Gabungan antara chicken slice, turkey breast dan juga beef strip. Untuk menu ni, akan dapat rasa turkey breast chicken slice yang biasa, ditambah dengan rasa beef strip. Jangan risau, jika di luar negara Subway menggunakan bacon, tetapi untuk penggunaan di Malaysia Subway menggunakan daging lembu sahaja untuk menjaga taraf halal mereka.

Breakfast Subway Menu

menu breakfast subway

Menu breakfast Subway bermula dari pukul 8 sehingga pukul 11 pagi, jadi anda cuma diberi masa dalam 3 jam untuk makan. Harga menu breakfast pun murah, dalam anggaran RM 7 ke RM 8 sahaja untuk 6 inch. Anda juga boleh pilih untuk tambah coffee dengan kadar RM 1 sahaja.

  1. Egg and Cheese – Menu sandwich telur yang dicampur dengan sayur. Jika anda jenis vegetarian yang boleh makan telur, boleh cuba sandwich ini.
  2. Chicken Slice, Egg and Cheese – Terdapat chicken slice dan juga telur di dalam sandwich ini.
  3. Beef Strip, Egg and Cheese – Sandwich ni ada daging dan telur.
  4. Tuna, Egg and Cheese – Apabila anda makan sekali dengan telur, lemak dia tu macam masuk dengan telur tu.

Jenis Sayur Subway

Anda boleh pilih jenis sayur subway yang anda mahu seperti di bawah ataupun tiada sayur langsung. Pilihan sayur subway adalah Lettuce, Tomatoes, Cucumbers, Peppers, Red Onion, Pickles, Olives, Jalapenos.

jenis sayur subway

Jenis Sos Subway

Anda boleh pilih jenis sos subway seperti di bawah ataupun tiada sos. Pilihan sos subway adalah Honey Mustard, Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil Blend, Chili, Ketchup, BBQ, Ranch, Thousand Island.

jenis sos subway

Subway Biscuit Menu

Akhir sekali, anda boleh memilih air atau pun biskut subway. Jika memilih air, anda hanya perlu menambah RM1.

subway biscuit menu

Lokasi Subway Near Me

Anda boleh pergi ke halaman khas subway near me untuk dapatkan lokasi subway malaysia terdekat dengan anda. Contoh hasil carian adalah seperti dibawah ini.

subway near me

Sumber: dailymakan.com