Mee segera berperisa kari berjenama Maggi sememangnya popular di kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh harganya yang murah, cepat dimasak, dan sedap dimakan walaupun masak kosong tanpa ditambah dengan bahan masakan lain.
Walaupun “Maggi” itu adalah sebenarnya nama jenama, tetapi kita seringkali menggelarkan mana-mana jenis mee segera sebagai “Maggi”. Mee segera Maggi yang berasal dari Australia ini bukan hanya popular di Malaysia, malah ianya turut terkenal di negara-negara lain.
Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat satu sebutan lain untuk perkataan “Maggi” yang kedengaran pelik? Dalam satu episod dalam sebuah rancangan masakan “MasterChef: Back to Win” yang disiarkan di Australian TV, peserta-peserta dikehendaki untuk menyediakan masakan menggunakan mee segera Maggi.
Dalam video iklan berdurasi 10 saat, kita boleh dengar cara sebutan “Maggi” oleh mereka yang amat berbeza. Video iklan tersebut disertakan di bawah ini.
Menurut laman rasmi Maggi, cara sebutan “Maggi” ini berbeza mengikut negara. Di US, mereka menyebut huruf “g” keras seperti menyebut “g” dalam perkataan “magnet”. Terdapat juga beberapa negara lain yang menyebut huruf “g” lembut seperti menyebut “g” dalam perkataan “magic”.
Jadi sebenarnya cara sebutan kita selama ini tidaklah salah. Cuma perkataan “Maggi” itu mempunyai pelbagai jenis sebutan lain. Gambar-gambar lain dalam rancangan MasterChef boleh dilihat dibawah ini.
Sumber: Daily Mail