Mengapakah Asteroid Yang Ditemui NASA Ini Bernilai USD10K Quadrilion

Baru-baru ini, sebuah batu angkasa ataupun asteroid berjaya ditemui oleh NASA yang dianggarkan mempunyai saiz sebesar bandar Massachusetts, Amerika Syarikat. Asteroid tersebut yang diberi nama sebagai 16 Psyche merupakan salah satu daripada asteroid terbesar yang mengelilingi orbit antara planet Marikh dan Musytari.

Apa yang menariknya, asteroid ini dianggarkan bernilai sehingga USD10,000 quadrilion (lebih daripada 15 digit kosong dibelakangnya), lebih besar dari nilai keseluruhan ekonomi dunia. Sekiranya asteroid ini dibahagikan bahagian serpihannya kepada kira-kira 2.7 billion manusia di seluruh dunia, maka setiap bahagian yang diterima bernilai USD1.3 billion atau RM5.2 billion.

Menurut saintis angkasa iaitu Dr. Tracy Becker dari Institut Penyelidikan Southwest, pihak mereka sebelum ini sering kali melihat batu meteor yang terdiri daripada campuran ‘bahan’ lain dengan logam.

Apa yang membuatkan asteroid ini begitu bernilai? Asteroid 16 Pyshe ini dianggap sebgai unik dan rare kerana ianya terdiri daripada gabungan besi dan nikel. Asteroid ini berkemungkinan terhasil daripada sisa planet yang tinggal dan terpecah akibat dihentem oleh sesuatu ‘objek’ dalam sistem suria.

NASA kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah kapal angkasa yang boleh merentas ke permukaan asteroid sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai asal usul teras angkasa dan planet. Misi ini dijangkakan bakal dilancarkan pada tahun 2022 dan bakal tiba pula di permukaan asteroid menjelang tahun 2026.

Sumber: Lobak Merah