Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara sendawakan bayi selepas menyusu atau cara sendawakan bayi baru lahir. Cara sendawakan bayi ketika tidur juga diberikan.
Artikel menarik lain: Cara Kemas Rumah Yang Banyak Barang
Cara Sendawakan Bayi
Berikut adalah cara sendawakan bayi selepas menyusu yang dikongsikan oleh TheRohani.
Cara Sendawakan Bayi Selepas Menyusu
Ada bayi yang mudah disendawakan dan juga ada bayi susah untuk sendawa. Sebenarnya terdapat beberapa teknik atau cara sendawakan bayi yang boleh anda cuba.
Posisi Bersandar Pada Bahu
Perkara pertama sekali adalah meletakkan sebarang kain alas bersih pada bahu anda. Ini perlu dilakukan kerana bayi anda mungkin akan termuntah susu atau terjeluak. Cuba untuk mendukung bayi anda menggunakan sebelah tangan dan letakkan kepala bayi seperti bersandar pada bahu anda.
Dengan menggunakan tapak tangan sebelah yang lain, tepuk belakang badannya secara perlahan-lahan sehingga bayi anda sendawa. Anda boleh menggunakan teknik tepuk percussion. Cara sendawakan bayi ini boleh dilakukan sama ada secara berdiri mahupun duduk di kerusi. Ia adalah mengikut keselesaan anda.
Posisi Meniarap
Anda boleh juga lakukan cara ini dengan baringkan bayi anda pada posisi meniarap di atas perutnya dengan kedudukan melintang di atas paha anda.
Anda perlu memegang bahagian dada bayi anda dengan sebelah tangan anda dan pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya.
Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi, tepuk atau urut secara perlahan-lahan bahagian belakang bayi dengan cara mengusap ke atas dan ke bawah.
Posisi Duduk
Cara sendawakan bayi yang seterusnya ini adalah dengan memberikan bayi anda duduk di atas riba anda, iaitu sebelah paha anda, sama ada kiri ataupun kanan, mengikut keselesaan anda.
Bongkokkan sedikit badan bayi anda dan tepuk lembut atau usap bahagian belakang badannya. Pastikan anda menahan bahagian dadanya dengan tangan anda.
Dipercayai cara sendawakan bayi ini adalah paling mudah membuatkan bayi sendawa.
Posisi Dukung
Ini merupakan antara cara sendawakan bayi yang terakhir yang boleh anda cuba untuk membuat bayi anda sendawa. Caranya adalah dengan mendukung seperti biasa dan rapatkan bayi anda ke dada.
Sambil mendukungnya, goyang-goyangkan badan anda ke kiri dan ke kanan untuk membuatkan bayi anda sendawa sendiri. Dalam masa yang sama anda boleh mengusap bahagian belakang bayi anda sambil berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Sumber: Therohani