Kalori Nasi Putih

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai kalori nasi putih, kalori nasi putih 1 senduk, kalori nasi putih 1 cawan dan cara bakar kalori nasi putih.

Tips kesihatan lain: Senarai Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan

Kalori Nasi Putih

Berikut adalah kalori nasi putih 1 cawan untuk makluman anda:

  • Kalori nasi putih: 205
  • Jumlah Lemak: 0.4 gram
  • Lemak Tepu: 0.1 gram
  • Lemak tak jenuh ganda: 0.1 gram
  • Lemak tak jenuh tunggal: 0.1 gram
  • Kolesterol: 0 mg milligrams
  • Natrium: 1.6 mg miligram
  • Kalium: 55 mg miligram
  • Jumlah Karbohidrat: 45 gram
  • Serat Makanan: 0.6 gram
  • Gula: 0.1 gram
  • Protein: 4.3 gram
  • Kalsium: 1.2%
  • Besi: 11%

Cara Bakar Kalori Nasi Putih

Untuk bakar kalori nasi putih 1 senduk, anda boleh berbuat demikian:

  • Berjalan (3mph) -55 minit
  • Berlari (6mph) -20 minit
  • Berbasikal (10mph)- 28 minit

Cara Diet Dengan Nasi Putih

Untuk cara diet nasi putih dan tinggalkan makan nasi, anda harus perbanyakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti oatmeal, beras merah dan beras cokelat yang lebih bernutrisi. Selain itu, anda juga perlu meninggalkan  jenis karbohidrat sederhana selain nasi seperti roti dan pasta. Ini kerana kalori roti hampir sama seperti nasi.

Kelebihan Diet Nasi Putih

Kalori nasi putih agak berat dimana tidak sesuai dimakan dalam kadar yang banyak sekiranya anda ingin mengamalkan diet.  Sama ada skip nasi atau ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja tiada masalah. Manfaat diet nasi putih adalah ia dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan baik bagi pesakit jantung.

Selain itu, tidak mengambil kalori nasi putih juga dapat menurunkan risiko sindrom metabolik anda. Sindrom metabolik adalah faktor  yang boleh membahayakan kepada keadaan kesihatan anda, seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan strok.  Mulai sekarang, anda boleh buat keputusan untuk ambil berapa banyak jumlah nasi yang anda perlukan.

Nasi Putih Dalam Piramid Makanan

Melihat kepada piramid makanan, nasi putih berada di aras pertama atau dasar piramid. Makanan lain yang berada di aras yang sama adalah mee, roti, sumber biji-bijiran, sumber ubi-ubian dan beberapa makanan yang lain. Makanan yang berada di aras ini mengandungi sumber karbohidrat atau kanji yang tinggi. Ia  membekalkan tenaga lebih daripada 50% dari jumlah tenaga yang diperlukan seharian.

Ini bermaksud nasi putih merupakan salah satu makanan yang digalakkan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak dalam diet seharian. Jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari. Ia tidaklah sebanyak yang disangka apabila melihat kepada kuantiti sebenar setiap sajian. 

Contoh satu sajian yang disyorkan untuk makanan aras bawah : 

  • Dua senduk atau segenggam nasi putih
  • 1 cawan mi kuning
  • 1 cawan bijirin sarapan
  • 2 biji ubi kentang sederhana
  • 2 keping roti

Jumlah sajian sebegini sekiranya diambil dengan betul dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada individu. Namun, ramai antara kita tidak mengendahkan cadangan sajian sebegini. Kita lebih gemar menikmati sepinggan besar nasi putih bersama pelbagai jenis lauk tanpa befikir panjang tentang kesan pengambilan kuantiti tersebut.

Sumber: https://bidadari.my/kalori-nasi-putih/