Walaupun di institut memandu telah diajar berkaitan dengan undang-undang jalan raya yang wajib dipatuhi sewaktu memandu, namun masih lagi terdapat segelintir pemandu yang melanggar undang-undang tersebut. Untuk mengatasinya, kerajaan telah memperkenalkan beberapa jenis saman seperti saman polis, saman trafik, saman PDRM, saman JPJ, saman AES menerusi pelbagai agensi.
Saman-saman tersebut dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terdapat pelbagai cara untuk semak saman polis jpj trafik termasuklah semakan secara online atau SMS yang merupakan kaedah yang lebih pantas dan mudah pada masa kini.
Cara Semak Dan Tuntut Wang Tak Dituntut Secara Online, Untung-Untung Dapat 14K
Semakan Saman PDRM Polis Trafik JPJ AES Secara Online Dan SMS
Saman yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan adalah kerana pemandu melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menghalang lalu lintas dan sebagainya.
Diskaun Saman PDRM Polis Trafik JPJ AES Terkini 2020
Kementerian Pengangkutan menawarkan diskaun 70 peratus (70%) bagi saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemberian diskaun bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2020.
Diskaun akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC serta saluran pembayaran saman jpj secara online lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile. Bagi kesalahan yang disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan untuk membayar saman. Diskaun pembayaran saman boleh dilakukan secara online di mySIKAP.
PDRM dan JPJ juga ada menyediakan diskaun bayaran saman bersempena dengan sambutan hari tertentu seperti Hari Polis, Ulang tahun JPJ, Hari Bersama Pelanggan dan sebagainya di mana diskaun sehingga 50-70% ada ditawarkan. Namun kesalahan berikut tidak layak untuk mendapat diskaun bayaran saman:
- Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) & Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
- Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
- Saman Mahkamah
- Saman melibatkan warga asing
- Saman melibatkan lori
Semakan Saman Polis Melalui SMS
Untuk semak saman polis terkini melalui SMS, anda boleh ikuti langkah berikut:
Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan
Hantar SMS ke : 15888 atau 32728
Manakala untuk jawapan terperinci bagi semakan saman polis melalui sms, ikuti pula langkah berikut:
Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan<jarak>Alamat Emel
Hantar SMS ke :32728 (Maklumat saman akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.
Semakan Saman JPJ Melalui SMS
Untuk semak saman JPJ terkini melalui SMS, anda boleh ikuti langkah berikut:
Taip : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan
Hantar SMS ke : 15888
Semak Saman Trafik JPJ AES Polis Secara Online
Terdapat empat portal semakan setakat ini yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara atas talian (online) tanpa sebarang caj iaitu:
MyEG Services
- Pengguna MyEG Services baru perlu mendaftarkan akaun baharu sekiranya menggunakan MyEG buat kali pertama.
- Sebaik sahaja mendaftar, log masuk (login) menggunakan nama dan kata laluan.
- Setelah login, klik eServices pada menu dan sila pilih jabatan yang berkaitan iaitu PDRM atau JPJ (AES).
- Seterusnya klik pada pautan yang berkenaan sekiranya mempunyai saman. Perkhidmatan semak saman trafik, pembayaran saman juga turut disediakan oleh MyEG selain peringatan ke email jika terdapat saman terkini buat pengguna.
SSO Sistem Semakan Online (Saman Polis Sahaja)
- Sila buat pendaftaran bagi pengguna baru sistem semakan online SSO atau log masuk bagi pengguna sedia ada.
- Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’.
- Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan.
Sistem Rilek e-Services (Saman Polis Sahaja)
- Sila buat pendaftaran baru Sistem Rilek e-Services sekiranya pertama kali dan login masuk menggunakan nama serta kata laluan.
- Klik pada menu dropdown “Search By” dan pilih kaedah semakan.
- Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan button “Next”.
- Pembayaran saman boleh dibuat tetapi hanya untuk perbankan Internet Maybank, RHB dan CIMB.
Portal Rasmi JPJ (Saman JPJ Dan AES Sahaja)
- Tanpa perlu mendaftar, pergi ke Portal Rasmi JPJ dan terus klik dropdown menu “Semakan Saman” untuk membuat Pilihan Carian.
- Pilih kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja atau Nombor ID beserta Nombor Pendaftaran Kenderaan anda diikuti dengan kod sekuriti (captcha).
- Sila isi semua maklumat bertanda * (wajib diisi).
- Klik butan “Semak” dan paparan keputusan semakan saman akan ditunjukkan di sebelah bawah di bawah tajuk “Hasil Carian”.