in

Semak Baki Akaun BSN

semak baki akaun bsn

Kepada anda pengguna perkhidmatan BSN Bank, penting untuk anda ketahui bagaimana untuk memeriksa baki akaun BSN Bank. Dalam artikel ini, kami akan ajar cara semakan baki akaun BSN melalui sms dan juga online.

Bacaan Lain: Cara Semak Baki PTPTN

Semak Baki Akaun BSN

Semakan Baki Akaun BSN Melalui SMS

Tahukah anda, anda tidak perlu lagi datang ke ATM BSN untuk semak baki akaun BSN? Hanya dengan hantar SMS dan maklumat baki anda akan dipaparkan. Walaubagaimanapun, anda masih perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dahulu.

Jika anda sudah mendaftar nombor telefon, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk semak baki akaun bsn bank di bawah. Cara menyemak baki akaun BSN saya melalui SMS adalah dengan menghantar SMS dengan format:

BAL<jarak>M-PIN kemudian hantar ke nombor 36898.

Contoh: BAL 3355 kemudian hantar ke nombor 36898.

M-PIN ini akan anda dapat apabila anda sudah mendaftarkan nombor telefon anda untuk perkhidmatan perbankan SMS di bank BSN. Nombor SMS 36898 tidak hanya digunakan untuk memeriksa baki akaun BSN sahaja. Anda juga boleh menggunakan perbankan SMS 36898 untuk membuat transaksi lain dengan kod penghantaran mesej yang berbeza seperti di bawah ini.

  1. Pembelian Top-Up: TOPUP <space> mpin <space> kod topup <space> (no. penerima)
  2. Senarai Kod Top-Up: LIST<space>TOPUP<>NILAI
  3. Pertanyaan Baki: BAL <space> mpin
  4. Pembayaran Bil: BILL <space> mpin <space> kod.bil <space> no.akaun.bil <space> amaun
  5. Bayaran Kad Kredit BSN: CARD <space>mpin <space> no.kad kredit <> amaun
  6. Kod Top-Up Bil: LIST <space> BIL
  7. Pemindahan Dana: TRF <space> mpin <space> akaun penerima <space> amaun
  8. Pembelian Pin: PIN <space> mpin <space> kod.kursus <space> no.KP calon
  9. Kod Senarai Kursus: LIST <space> PIN
  10. Pembelian SSP: SSP <space> mpin <space> amaun
  11. Tukar Bahasa: CHG <space> LANG <space> mpin <space> bahasa.pilihan

Semakan Baki Akaun BSN Melalui Online

Selain dari SMS, anda juga boleh menyemak baki akaun BSN melalui online. Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya anda telah mendaftarkan akaun anda untuk menikmati perkhidmatan perbankan internet. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Sila daftar kemudian masukkan laman rasmi mybsn. Pendaftaran akaun adalah langkah pertama yang perlu anda lalui untuk dapat menikmati perkhidmatan perbankan internet.
  2. Selepas mendaftar, sila buka login dengan username dan password anda.
  3. Untuk dapat check baki akaun BSN, anda mesti log masuk. Oleh itu, pilih menu Login dan log masuk dengan akaun anda.
  4. Pilih Menu Account seterusnya pilih menu Balance Inquiry. Menu ini akan dipaparkan selepas anda log masuk dengan akaun anda.
  5. Maklumat baki akaun anda akan dipaparkan pada skrin.

Sumber: akaunbank.xyz