Koleksi Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan 2024

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi terkini tahun 2024 untuk contoh ayat power tarik pelanggan.

Tips lain: Koleksi 50 Ayat Cinta Sweet Gila Dan Romantik Jiwang

Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan

Berikut adalah contoh ayat power tarik pelanggan terkini yang boleh anda ikuti yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

Contoh Ayat Promosi

Dibawah ini adalah contoh ayat promosi untuk pelbagai jenis bidang

Contoh Ayat Promosi Baju

“Weh gila berbunga baju ni!” 

Ramai orang cakap baju ni “lain macam”. Tapi kain dia pun lain macam jugak.

Dia 85% cotton dan lagi 15% adalah bahan misteri. Hehe. Walaupun berbunga-bunga di pakai, tapi tetap selesa. Hati pun berbunga bila pakai!

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Klik ‘Learn More’ di bawah untuk pergi ke web

(Atau guna ayat di bawah ni) 

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Tekan link di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

{LINK}

Contoh Ayat Promosi Baju Budak

Nak cari baju basahan anak2 pakai kat rumah?
Anak2 lebih selesa berbaju lengan pendek yg sesuai untuk bermain?
Tapi tengah total lockdown la pulak
Nak cari baju basahan utk anak2 dah tak boleh ke mall dah..

Ehh, takpa mommies.. seiring dgn saranan kerajaan, Stay at home, maksimakan jual beli secara online sahaja..
Fortuna Baby Shop pun ada jual playset utk pakaian harian anak2 mommies berumur setahun hgga 5 tahun

– Material Playset: Cotton T-shirt
– Design2 yang cantik, menarik minat utk anak pakai
– Baju sepasang dengan seluar: tak perlu mix n match dgn seluar lain
– Baju lengan pendek, seluar lengan pendek: tak panas, sesuai dgn cuca sekarang

Saiz dan ukuran

(Letak saiz dan ukuran di sini)

Small cut. Boleh ambik 1 saiz lbh besar dari saiz umur anak

– Harga: RM25 sepasang
– 5 pasang: RM100
– Postage RM9 SM // RM14 SS

Kalau raya beli baju dengan kami, PKP pulak meh beli baju harian dengan kami jugak

Playset kids ni antara yg terlaris kami jual, stock setiap saiz dan design adalah sgt terhad.

Pastikan mommis submit order cepat jika dah berkenan tau

{link}

Contoh Ayat Promosi Makanan

PAKEJ PERCUTIAN KAMPUNG KAMBING

PKP lama sangat? Tak dapat keluar bercuti? Naaa kami bagi korang Pakej Percutian Kampung Kambing (PPKK). Ini bukan cobaan, ini betul-betul! PPKK akan bermula pada 22 Julai 2022.

Dengan hanya RM49.90, anda akan merasakan keenakan;
-Nasi Kukus Kambing Bakar (2pax)
-Kambing Crispy Double with Fries
-Iced Lemon Tea (2pax)
-Dihidangkan bersama sambal belacan, kuah kari, kobis & timun

Available untuk online order, houseofkambing.beepit.com atau drive-trhu, whatsapp wa.me/60122823430

[PROMOSI TAMAT PADA 8.8.2022]

Contoh Ayat Promosi Makanan Di Whatsapp

FUHHH…. TERBAIK, PADU LA KAMBING PERAP HJ DIN NI….. DAH LA PADU, MURAH PULAK TU…..

Salam hampa semua….ni kami nak cerita sikit dekat hampa ni … kami ada juai Kambing Perap Hj Din…

Sebelum kita pm, jom kita baca sat… sat ja… please….

Antara Sebab Hampa Wajib Try….

-Daging lembut (premium lamb)
-Harga murah RM 35
-Berat 800 gram
-Ada skali sos black paper Leetoop… Fuh !!!
-Resepi rempah perapan terbaik.
-Keluaran Muslim Bumiputra

Dan juga… bukan sekadar tu ja kita dapat… klu kita beli bawa balik..

-Laki dengan anak anak mesti seghonok sgt… pandai mak kami ambil hati kami.. kita makan kambing bakaq harini…

Bakaq sedap, mkn dengan beriyani ka nasi arab pun sedap… bertambah sayang laki dan anak anak..

-Laki bawa balik mai dekat family… rasa puaih eh, dapat bg anak anak makan dgn happy walau dengan sekeping kambing perap… syukur…

-Lagi akrab family utk majlis bbq.. jauh kita dekatkan, dekat kita rapatkan… syukur.. bahagia family kita..

-Bawa p potluck dgn kawan kawan tempat kerja… mesti bestkan.. “kami bawa kambing bakaq harini”… kawan kawan senyum smpai telinga..

Hat bujang nak makan sorang pun boleh

Nak p berkelah kot lata dgn memba boleh adik beradik boleh.. semua boleh…

klu nk habaq banyak lagi tu.. …mudah cerita bila event makan ni semua pakat happy

Jom klik “Whatsapp ” di bawah untuk order:

(link whatsapp)

Contoh Ayat Promosi Produk Kecantikan

DUA KAWAN YANG BERBORAK MENGENAI ESSENTIAL OILS

Pada satu hari yang indah beberapa bulan lepas, terdapat dua orang kawan {Farah} dan {Sarah}. Mereka suka membuat home deco di rumah. Mereka suka berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka buat.

{Farah} pun bercerita kepada {Sarah} mengenai satu produk yang dinamakan {Young Living}. Produk ini ialah essential oil dan ia boleh membuatkan persekitaran rumah semakin selesa kerana baunya yang menenangkan mengikut jenis essential oil yang telah didiffusekan.

{Sarah} tak percaya yang {Young Living} ni boleh mengubah suasana. Jadi dia tolak cadangan {Farah} untuk cuba {Young Living} ni.

Beberapa minggu kemudian, {Sarah} pergi ke rumah {Farah}.

Dia menarik nafas dalam, kagum dengan bau yang menyelesakan apabila ada di rumah {Farah} ini.

“Bau apa ni, {Farah}?”

“Oh inilah {Young Living} tu.” balas Farah. “Ada banyak jenis sebenarnya essential oils ni. Boleh tengok sendiri dekat rak tu”.

{Sarah} melihat memang banyak jenis ada. Ada {Purifcation, Lemon, Cedarwood} dan macam-macam lagi.

Farah menyambung, “kau boleh campur untuk dapatkan manfaat pelbagai. Cuba je. Kau akan surprised macam aku dulu.”

Untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi di { LINK}.

DAN YANG PENTING, YOUNG LIVING LAIN DARIPADA LAIN

Young Living bukan hanya essential oils semata-mata. Ia juga satu perniagaan yang boleh menguntungkan juga.

Setiap ahli berpeluang untuk menjual {YL} ini kepada orang lain dan komisyennya tinggi.

Setiap hari, ada orang akan mencuba {YL} untuk rumah mereka, atau untuk dijual kepada rakan-rakan mereka.

Jika anda juga ingin mencuba, boleh hubungi saya di {link } dan saya akan ceritakan kepada anda bagaimana {YL} ini boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan.

Contoh Iklan Storytelling

DUA DUA BELI {NAMA PRODUK}.

{Ali} dan {Abu} 2 orang kawan. Dua2 {AKTIVITI YANG DIORANG BUAT}

Sorang cerita dia dapat {benda yang sama diorang buat}

APA YANG MEMBEZAKAN MEREKA BERDUA?

Semua sama.

Kecuali satu.

{cerita perbezaan antara mereka}

{cerita apa yang jadi key difference}

{info pendek mengenai produk}

>> {LINK KE WEBSITE }

Sumber: https://content.tulisads.com/contoh-ayat-power-tarik-pelanggan-untuk-beli/