Cuti Bersalin Kerajaan : Cara Mohon & Kelayakan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cuti Bersalin Kerajaan: Kelayakan & Cara Memohon

Lain: Cuti Tanpa Gaji (CTG) : Syarat & Cara Mohon

Apa itu Cuti Bersalin

Cuti bersalin adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin.

Cuti ini diberikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan selepas melahirkan anak, mengelak kemurungan dan mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan anak.

Bayaran Elaun Cuti Bersalin

Seseorang pekerja layak menerima elaun sekiranya:

  • Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.
  • Bekerja sekurang-kurangnya 1 hari dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.
  • Mempunyai kurang daripada 5 orang anak yang masih hidup.

Bagi pekerja yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 98 hari dengan
menggunakan kemudahan berikut:

  • Bagi pegawai selain guru:
    – Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
    – Jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan.
    – Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.
  • Bagi guru, semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
    – Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
    – Jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan.
    – Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.
  • Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
    – Menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh.
    – Bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh.

Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pekerja hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 98 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:

  • Bagi pegawai selain guru:
    – Menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin.
    – Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.
  • Bagi guru, semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
    – Menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari.
    – Jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.
    – Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh.

Kelayakan Cuti Bersalin & Peraturan

Kelayakan dan peraturan bagi cuti bersalin ini adalah seperti berikut:

  1. Kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pekerja.
  2. Tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 98 hari. Walau bagaimanapun, pekerja diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 98 hari 2 bagi setiap kelahiran.
  3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pekerja boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

Cara Memohon Cuti Bersalin

Cara mohon cuti bersalin ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan SR.5.4.1 (B).
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
  4. Menghantar borang dan dokumen kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan permohonan cuti.

Diharapkan info mengenai cuti bersalin kerajaan diatas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Cuti Bersalin Kerajaan: Kelayakan & Cara Memohon (ecentral.my)