Cuti Matrikulasi 2023 / 2024 & Kalendar Akademik Matrikulasi

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info tarikh cuti semester matrikulasi & kalendar akademik matrikulasi 2023 2024

Lain: Kenapa Kucing Suka Gigit

Kaledar Akademik Matrikulasi

Berikut adalah info mengenai kalendar akademik matrikulasi yang dikongsikan oleh laman Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024 (ecentral.my)

Apa itu Matrikulasi

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Bagi meningkatkan taraf pengajian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.

Tarikh Lapor Diri Matrikulasi

Mengikut Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh melapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:

  • 9 Julai 2023 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 10 Julai 2023 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023 / 2024

Berikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2023/2024 mengikut Takwim Makrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM.

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

Semester I/III

Takwim Matrikulasi sem 1

Semester II/IV

Takwim Matrikulasi 2

Tarikh Cuti Matrikulasi 2023

Cuti bagi pelajar Matrikulasi tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan cuti tambahan perayaan seperti ketetapan di bawah:

cuti matrikulasi
  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)

Sumber: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024 (ecentral.my)