in

Kenapa Kucing Suka Gigit

kenapa kucing suka gigit

Kepada anda pemilik kucing, sudah pasti anda sering mengalami situasi dimana ketika anda seronok bermain dengan kucing, kemudiannya kucing tersebut menggigit anda tidak kira di bahagian tangan atau di kaki. Persoalannya di sini, kenapa kucing suka gigit tanpa sebab?

Tips Kucing Lain: Kenapa Kucing Celup Tangan Dalam Air? Ini Sebabnya

Kenapa Kucing Suka Menggigit

Untuk pengetahuan anda, ada kucing yang gigit secara manja dan ada juga yang gigit bersungguh-sungguh. Kucing menggigt kerana pelbagai sebab jadi pentingnya untuk kita sebagai pemilik kucing untuk fahami bagi mengelakkan tabiat ini.

kenapa kucing suka menggigit

Kenapa Kucing Suka Gigit

Terdapat pelbagai fungsi gigitan kucing ni. Selalunya ia merupakan tabiat kehaiwanan yang memerlukan untuk kucing menunjukkan dominasi dan respon terhadap ancaman. Apabila di dalam rumah kucing anda menggigit anda kerana mereka ingin menunjukkan siapa yang berkuasa. Jika kucing anda berkelakuan begini ia hanya menunjukkan sifat dominasinya terhadap anda.

Kucing anda juga menggigit sebagai satu bentuk komunikasi. Selain dari berbunyi, ada kucing yang menggunakan cakaran jika mereka inginkan sesuatu seperti makanan, buka pintu, nak keluar atau bersihkan kotak pasir.

kucing suka gigit

Tips Elak Kucing Gigit

Melatih kucing anda untuk tidak lagi menggigit adalah sama seperti melatih haiwan peliharaan lain untuk menghentikan tabiat buruk. Berikuat adalah merupakan cara elak kucing gigit dan prinsip perkasa asas dalam melatih supaya sentiasa ingat:

  • Menghukum tingkah laku buruk, memberi ganjaran tingkah laku baik.
  • Hukuman dan ganjaran selalu dilakukan segera supaya kucing anda dapat mengetahui apa sebab ia dihukum atau diberi ganjaran.
  • Pentingnya konsistensi.

Berdasarkan prinsip di atas ini terdapat beberapa cara tertentu yang anda perlu untuk respon kepada jenis tabiat menggigit yang berbeza. Ini merupakan tabiat menggigit pada kucing yang suka menunjukkan dominasi:

  • Tunjukkan kepada kucing anda siapa sebenarnya yang berkuasa. Marah dan cakap dengan kuat tetapi bukan dengan cara menjerit. Kucing tidak respon kepada perkataan berbanding anjing tetapi akan respon kepada ton dan kelantangan suara anda.
  • Kembirikan kucing jantan anda yang suka menggigit. Kucing jantan akan menjadi lebih agresif dan akan menjadi lebih tenang setelah dikembiri.
  • Gunakan item dominasi. Jika kucing anda menggigit, pukul dengan perlahan dengan item dominasi sebagai contoh gulungan surat khabar. Lama kelamaan kucing anda akan respon dengan hanya melihat gulungan suratkhabar tersebut.

Ini merupakan cara yang dapat membantu untuk kucing yang suka menunjukkan dominasi tetapi jika kucing anda hanya ingin berkomunikasi dengan anda, langkah yang berbeza harus diambil seperti:

  • Tidak hiraukan mereka. Kucing yang cuba untuk berkomunikasi anda dengan menggigit akan cuba cara yang lain pula sekiranya anda tidak respon dengan gigitan.
  • Cuba wujudkan bentuk komunikasi yang lain. Buat apa yang diminta oleh kucing anda sekiranya selepas kucing anda berbunyi atau menggesel kaki anda. Lama kelamaan kucing anda akan cuba bentuk komunikasi seperti ini dari menggigit.
  • Jangan terlalu negatif. Anda sedang cuba untuk membantu kucing anda berkomunikasi dengan anda. Jika anda menghukum kucing anda terlalu banyak, kucing anda akan jadi takut untuk menyatakan keperluan mereka kepada anda.
kucing gigit

Sumber: themamamiaow.com