in

Ini Sebab Kenapa Kucing Bernafas Laju Dan Cara Mengatasinya

kenapa kucing bernafas laju

Sebagai pemilik kucing sudah pasti anda akan perasan dengan keadaan di mana kucing bernafas laju dan berbunyi. Dalam artikel ini kami akan jelaskan kenapa kucing bernafas laju.

Tips Kucing lain: Kenapa Kucing Celup Tangan Dalam Air? Ini Sebabnya

Kenapa Kucing Bernafas Laju

Nafas Normal Seekor Kucing

Untuk kucing yang sihat, kebiasaannya mereka bernafas sekitar 16 ke 40 nafas dalam seminit, bergantung kepada situasi dan keadaan kucing tersebut.

Sewaktu tidur, kucing akan bernafas lebih teratur dan tenang, sekitar bawah 40 nafas dalam seminit.

Kenapa Kucing Bernafas Laju

Nafas cepat pada kucing dikenali sebagai Takipnea. Ini merupakan tanda rendahnya kadar oksigen di dalam darah (hipoksemia), kadar sel darah merah rendah (anemia), atau asma pada kucing.

Nafas cepat juga disebabkan oleh wujudnya cairan pada paru-paru kerana kegagalan jantung. Dibawah ini adalah sebab-sebab lain kenapa kucing bernafas laju:

  • Alergi
  • Anemia (darah rendah)
  • Asma
  • Tekanan emosional (emosi)
  • Keletihan
  • Penyakit jantung
  • Kepanasan
  • Kesakitan
  • Cairan pada paru-paru
  • Benda asing di dalam tenggorokan
  • Infeksi saluran pernapasan
  • Trauma
  • Terapar racun
  • Tumor di dada atau tenggorokan

Cara Atasi Kucing Bernafas Cepat

Dibawah adalah beberapa cara boleh dilakukan sekiranya kucing anda bernafas cepat.

Menggendongnya

Jika anda sedar kucing anda sedang bernafas cepat, cara mudah untuk kurangkan nafas cepat tersebut adalah dengan cara menggendongnya.

Dengan menggendong kucing, anda boleh membuatkan kucing lebih tenang, lebih-lebih lagi jika kucing sedang keletihan.

Cara ini cukup efektif jika kucing anda bernafas cepat bukan kerana penyakit yang ada pada kucing tersebut.

Membelai Kucing

Kadang-kala, kucing bernafas laju disebabkan oleh rasa ketakutan dan emosi yang tinggi.

Cara mudah untuk atasinya adalah dengan membelai kucing tersebut dengan harapan supaya kucing tersebut tidak rasa takut.

Bawa Ke Doktor Haiwan

Sekiranya anda sudah buat perkara di atas dan kucing anda masih lagi bernafas dengan laju, segeralah bawa kucing tersebut untuk jumpa doktor haiwan.

Doktor haiwan akan mengetahui penyakit dan cara sesuai untuk merawat kucing yang punyai masalah nafas laju ini.

Sumber: PetPintar