Ini Sebab Kenapa Kucing Tak Nak Makan Dan Minum

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan sebab kenapa kucing tak nak makan dan minum, kenapa kucing tidak mahu makan. Cara pujuk kucing makan juga disediakan.

Tips kucing lain: Ini Sebab Kenapa Kucing Bernafas Laju Dan Cara Mengatasinya

Kenapa Kucing Tak Nak Makan

Menurut Alamkucing, sebelum anda ketahui sebab kenapa kucing tak nak makan dan minum, anda perlu mengenalpasti jika terdapat sebarang masalah pada dietnya atau kucing anda sedang sakit. Ini adalah beberapa sebab mengapa kucing yang sihat enggan makan:

  • Makanan itu rosak.
  • Semut atau ada serangga lain di dalam makanan.
  • Makanan mengandungi perasa yang tidak disukainya.
  • Terdapat persaingan pada mangkuk makanan (ada kucing lain).
  • Makanan manusia mempengaruhi selera makannya.
  • Mangkuk makanan berada di lokasi yang tidak digemarinya.
  • Kucing anda telah memburu dan memakan buruannya atau makan makanan di rumah jiran.

Jika sebab-sebab di atas tidak berkait dengan kucing anda, kemungkinan besar kucing anda sedang sakit. Antara sebab mengapa kucing yang sakit tidak dapat makan:

  • Kucing anda sukar bernafas dan tidak dapat menghidu makanan.
  • Kucing mengalami demam dan hilang selera makan.
  • Gigi yang sakit atau lain-lain penyakit mulut yang mempengaruhi keupayaannya untuk makan.
  • Hati atau mana-mana organ dalaman menyebabkan rasa mual.
  • Kucing mengalami nyahair dan terlalu lemah untuk makan.

Cara Pujuk Kucing Makan

Kucing yang sakit tidak akan dapat makan dengan baik,jadi anda berperanan untuk menggalakkannya makan. Cuba berikan makanan yang lazat seperti makanan kucing dalam tin, ikan sardin mentah atau daging ayam rebus kosong.

Panaskan sedikit makanan itu sehingga paras suhu badan, ini akan menaikkan aromanya dan membantu selera kucing.

Memberikan makanan itu dengan tangan, bercakap dengannya secara perlahan dan membelai kucing anda juga boleh merangsangnya untuk makan.

Anda boleh memberinya makan samada dengan sudu atau tangan dan menggalakkan kucing anda untuk menjilatnya. Jika dia masih tidak berminat, jangan biarkan makanan itu berada di luar lebih daripada sejam. Angkatkan makanan itu dan cuba perkenalkannya semula beberapa jam kemudian dan ulangi langkah memujuk seperti di atas.

Jika tidak ada cadangan di atas yang berjaya memujuknya, anda perlu berkunjung ke klinik. Doktor mungkin akan memberikan preskripsi perangsang selera makan atau memaksa kucing untuk makan.

Paksaan makan biasanya dilakukan dengan picagari tanpa jarum dan formula makanan dalam bentuk cairan akan dimasukkan ke dalam mulut kucing.

Bagi kucing yang terlalu sakit atau sukar untuk memaksanya makan melalui mulut, kaedah memasukkan tiub makanan ke dalam perut atau esofagus mungkin akan dijalankan.

Cara Pujuk Kucing Minum

Pengambilan air juga amat penting. Kucing yang tidak makan dan juga minum menghadapi risiko nyahair walaupun dalam sehari.

Jika kucing anda tidak minum, anda boleh memberikannya melalui picagari tanpa jarum atau menggunakan penitis air. Tetapi adalah hampir mustahil untuk memberikannya cukup air dengan cara ini.

Doktor dapat mengawal keadaan ini dengan menyuntik kucing dengan sebatian elektrolit bersteril di bawah kulit kucing iaitu suntikan subkutus.

Air juga dapat di masukkan secara terus ke dalam badan melalui salur darah yang biasa disebut sebagai IV atau intravena. IV memerlukan kucing anda dimasukkan ke dalam wad atau bermalam di sana tetapi ini langkah yang penting bagi kucing yang mengalami nyahair.

Sumber: Alamkucing