Ini Sebab Kenapa Kucing Muntah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai sebab kenapa kucing muntah kuning atau kenapa kucing muntah makanan yang perlu anda tahu sebagai pemilik kucing.

Artikel berkaitan kucing lain: Ini Sebab Kenapa Kucing Tak Nak Makan Dan Minum

Kenapa Kucing Muntah

Berikut adalah sebab kenapa kucing muntah kuning atau kenapa kucing muntah makanan

Kenapa Kucing Muntah

Berikut adalah jenis muntah kucing yang perlu anda tahu.

Kucing Muntah Bulu (Hairballs)

Muntah bola bulu ini adalah paling banyak berlaku pada kucing. Ianya berpunca dari bulu-bulu yang terkumpul dalam perut kucing yang disebabkan oleh kucing yang selalu menjilat bulu-bulu berlebihan pada badan mereka (cara kucing bersihkan diri).

Selalunya bulu tersebut tidak menghasilkan masalah untuk melalui perut kucing, tetapi kadang kala ianya boleh terkumpul dan membentuk bebola lalu mengakibatkan kucing muntah bulu.

Kenapa Kucing Muntah Makanan

Kebiasaannya jika kucing anda memuntahkan makanan yang belum tercerna, ianya mungkin disebabkan oleh regurgitasi di mana pengeluaran isi perut tidak berapa lama setelah makan.

Ini boleh terjadi jika kucing anda makan terlalu cepat atau mengalami masalah pencernaan. Untuk selesaikan masalah ini, pastikan kucing anda makan dengan perlahan atau beri makanan dalam kuantiti yang lebih kecil pada satu-satu masa.

Kucing Keracunan atau Alahan

Kadang kala muntah pada kucing ini adalah reaksi yang terhasil secara semulajadi untuk melindungi badan jika kucing termakan makanan yang tidak elok atau keracunan makanan. Jika muntah itu kerap, segeralah bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan untuk semakan lanjut.

Kucing Muntah Hijau atau Busuk

Jika anda punyai masalah kucing muntah hijau dan berbau busuk, biasanya disebabkan oleh 4 faktor ini iaitu jangkitan, keracunan, masalah usus atau penyakit.

Muntah hijau kucing bukan petanda yang baik kerana ianya selalu disebabkan oleh faktor yang serius berbanding jenis muntah kucing yang lain.

Jika warna muntah kuning pekat kehijauan, ianya boleh jadi tanda masalah buah pinggang atau jangkitan juga.

Kucing Muntah Cacing

Muntah cacing pula menunjukkan perut dan usus kucing ada banyak cacing dimana kebiasaannya, jika kucing muntah cacing, perutnya kelihatan lebih bunti berbanding kucing-kucing biasa.

Anda boleh berikan ubat cacing kepada kucing setelah meminta nasihat dan pandangan daripada doktor haiwan.

Kucing Muntah Darah

Sejumlah besar faktor kenapa kucing muntah darah adalah disebabkan oleh kemunculan hematemesis iaitu keracunan arsenik. Selalunya ini berlaku kepada kucing yang sering menangkap tikus dan hidup di jalanan.

Kadang-kadang orang meracuni tikus dengan racun tikus, dan kucing menangkap mereka dan memakannya segera. Akibatnya, toksin dan bahan kimia berbahaya memasuki darah haiwan dengan cepat. Jika keadaan ini berlaku, sila dapatkan nasihat doktor haiwan dengan kadar segera.

Sumber: https://siraplimau.com/kenapa-kucing-muntah/