Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara daftar kurusus kahwin online setiap negeri di Malaysia dengan mudah melalui SPPIM

Info: Senarai Pendek Checklist Kahwin

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

kursus kahwin online

Kini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.

Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home

Melalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing.

Harap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.

Panduan daftar kursus kahwin melalui SPPIM

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan kursus perkahwinan anda:

  1. Layari laman SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
  2. Klik butang “Daftar Kursus”
  3. Lakukan carian mengikut kriteria berikut:
    • Negeri
    • Daerah
    • Penganjur
    • Tarikh kursus
  4. Pilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkan
  5. Teruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainya
  6. Klik pada kota perakuan yang mengatakan anda bersetuju dengan syarat dan terma
  7. Setelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.

Pastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.

Laman Web SSPIM

Laman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home

Diharapkan info di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri Di Malaysia (ecentral.my)