Senarai Pendek Checklist Kahwin 2024 Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai pendek tapi padat checklist kahwin 2024 terkini supaya tiada yang tertinggal menjelang hari istimewa.

Artikel berkaitan: Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Baru

Checklist Kahwin

Berikut adalah senarai checklist kahwin terkini.

Checklist Kahwin 2024

Ikuti checklist kahwin 2024 terkini di bawah ini.

Tarikh Hari Perkahwinan

Ini adalah perkara yang paling utama yang perlu anda sediakan iaitu dengan menetapkan tarikh hari perkahwinan di kedua-dua belah (lelaki dan perempuan). Penting juga untuk anda tetapkan hari untuk majlis akad nikah.

Lokasi Majlis Perkahwinan

Selain dari tarikh perkahwinan, lokasi majlis perkahwinan juga amatlah penting. Jika anda sudah tetapkan tarikh perkahwinan, anda boleh tentukan dimana majlis perkahwinan dan majlis akad nikah akan diadakan.

Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda memilih untuk menyewa dewan bagi majlis perkahwinan, pastikan anda sudah membuat tempahan awal (selewatnya 6 bulan atau lebih sebelum tarikh majlis).

Kursus Perkahwinan

Di negara kita, semua bakal pengantin baru lelaki dan perempuan diwajibkan untuk menghadiri kursus perkahwinan dan memiliki sijil kursus perkahwinan. Kursus perkahwinan biasanya diadakan selama 2 hari (untuk checklist kahwin pkp kebiasaannya dalam 1 hari), dan anda boleh pilih tarikh sesuai untuk hadiri kursus tersebut.

Pejabat Agama

Setelah anda dapatkan tarikh dan lokasi untuk majlis akad nikah dan juga turut selesai hadiri kursus kahwin, anda boleh pergi ke pejabat agama tempat anda untuk membuat permohonan berkahwin.

Anda perlu ambil borang, isi maklumat yang diperlukan, dan kemudian hantar ke pejabat agama tersebut untuk pengesahan. Sekiranya bakal suami anda sudah mempunyai isteri, kebenaran isteri pertama adalah salah satu daripada syarat permohonan berkahwin bagi sesetengah negeri.

Ujian Saringan HIV

Hasil ujian saringan HIV diperlukan untuk dihantar bersama dalam borang permohonan perkahwinan. Tujuan ujian saringan HIV ini ialah untuk mengelakkan jangkitan HIV kepada pasangan akibat hubungan seks selepas menjadi suami isteri yang sah.

Sekiranya pasangan anda disahkan HIV positif, seeloknya dapatkan bantuan nasihat daripada pakar sebelum meneruskan majlis atau membatalkannya.

Tema Majlis Perkahwinan

Tema majlis perkahwinan juga penting untuk majlis anda. Anda bebas tentukan tema ikut minat anda.

Tempahan Baju Pengantin & Pelamin

Baju pengantin dan pelamin kebiasaannya dipilih bersesuaian dengan tema. Selain baju pengantin, pastikan anda memilih aksesori yang bersesuaian dengan baju anda.

Tetamu Jemputan

Anda juga perlu menentukan bilangan tetamu jemputan yang akan diundang ke majlis perkahwinan anda. Jumlah tetamu bergantung kepada bajet anda.

Tempahan Kad Kahwin

Setelah ada senarai tetamu jemputan, anda bolehlah membuat tempahan kad kahwin berdasarkan design yang anda suka.

Tempahan Catering

Tempahan catering juga penting setelah anda punyai lokasi dan tarikh perkahwinan supaya tempahan boleh dibuat awal untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.

Hantaran

Penting untuk anda tentukan berapa jumlah hantaran dari pihak lelaki dan perempuan dan apa yang perlu diisi di atas dulang.

Pengapit

Penting untuk anda tentukan awal-awal siapakan bakal menjadi pengapit anda nanti.

Sumber: https://bidadari.my/checklist-kahwin/