Daun Kelor : Khasiat Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Daun Kelor : Khasiat Perlu Anda Tahu

Lain: Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu

Apa itu daun kelor?

Daun kelor, daun moringa atau pokok drumstick, ke semuanya merujuk kepada tumbuhan herba yang sama. Ianya turut dikenali sebagai pokok ajaib

Pokok kelor boleh dijumpai di Asia, Afrika dan bahkan Amerika Selatan.

Setiap bahagian pokok ini bermula dari daun, buah, bunga, akar, malah sekam dan minyaknya mempunyai khasiat perubatan. Bagaimanapun, daunnya amat berguna dan sesuai untuk dimakan.

Kandungan fakta nutrisi daun kelor

Setiap 100 gram daun kelor mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 78.7 g
  • Tenaga: 64 kcal
  • Protein: 9.4 g
  • Jumlah lipid (lemak): 1.4 g
  • Karbohidrat: 8.28 g
  • Serat: 2 g
  • Kalsium: 185 mg
  • Zat besi: 4 mg
  • Magnesium: 42 mg
  • Fosforus: 112 mg
  • Kalium: 337 mg
  • Natrium: 9 mg
  • Zink: 0.6 mg
  • Kuprum: 0.105 mg
  • Mangan: 1.06 mg
  • Selenium: 0.9 µg
  • Vitamin C: 51.7 mg
  • Vitamin B-6: 1.2 mg
  • Folat: 40 µg
  • Niasin: 2.22 mg
  • Riboflavin: 0.66 mg
  • Tiamin: 0.257 mg
  • Vitamin A: 378 µg

Khasiat daun kelor

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Merawat asma

Daun moringa membantu untuk mengurus serta mencegah gangguan pernafasan seperti asma dan penyempitan bronkial.

2. Meningkatkan sistem imun badan

Kandungan vitamin C dalam daun kelor membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tubuh lebih tahan terhadap pelbagai jenis penyakit dan jangkitan.

3. Menjaga kesihatan mata

Daun kelor mengandungi antioksidan penting, antaranya beta-karotena untuk mengekalkan dan menggalakkan kesihatan mata yang baik.

4. Menurunkan paras gula dalam darah

Beberapa kajian menunjukkan bahawa daun kelor dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah terutamanya kepada pesakit diabetes.

5. Menjaga kesihatan jantung

Kandungan antioksidan dalam daun moringa membantu menjaga kesihatan jantung dengan melawan radikal bebas dan mengurangi risiko penyakit jantung.

Cara penggunaan daun kelor

Terdapat beberapa cara untuk anda gunakan daun ini, sama ada dijadikan jus, serbuk teh, di ambil air rebusannya, atau juga dimasak.

1. Air rebusan kelor

Bahan-bahannya:

  • Daun kelor secukupnya
  • 1 liter air

Cara menyediakan:

  1. Petik daun kelor yang segar dan muda. Kemudian rendam dan cuci sehingga bersih.
  2. Jemur daun tersebut sehingga kering.
  3. Didihkan 1 liter air dalam periuk.
  4. Masukkan dua senduk daun kelor kering ke dalam periuk.
  5. Rebuskannya selama lebih kurang 5 minit.
  6. Anda boleh tapiskan air rebusan tadi ke dalam gelas dan di minum.

2. Kelor tumis

Bahan-bahannya:

  • 1 ikat daun kelor
  • 2 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Tumiskan cili padi dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan daun kelor yang sudah dihiris-hiris.
  3. Tambahkan sos tiram, garam dan gula secukupnya lalu gaul sehingga rata.

Diharapkan info daun kelor di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes? Fahami 15 Khasiatnya (ecentral.my)