Setelah sekian lama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini JPJ termasuk beberapa perkhidmatan kaunter kerajaan lain mula beroperasi seperti biasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Urusan pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan seperti biasa sama seperti sebelum PKP.
Namun begitu, lain pula cerita yang berlaku pada seorang gadis bernama Nurul Nabihah Aiman Asmadi menerusi perkongsian beliau di Twitter (@nabihahaiman) di mana beliau berkongsikan kisah kelakar yang dialami sewaktu hendak menukar lesen memandu P ke lesen biasa buat pertama kalinya.
Lesen PKP yalllll. Korang adeeeee keee ?????? pic.twitter.com/opAhy7VwwJ
— al (@nabihahaiman) June 28, 2020
Nurul Nabihah berkata dia terlupa untuk menanggalkan penutup muka dan beg yang disandangnya gara-gara gelabah. Akibatnya, dalam gambar lesen memandunya kelihatan Nurul Nabihah memakai penutup muka di bawah dagu selain turut menampakkan tali beg yang disandangnya.
Nurul Nabihah memperbaharui lesen tersebut selama tiga tahun dan beliau reda dan menganggap perkara ini satu pengalaman yang kelakar. Beberapa pengguna Twitter lain juga turut berkongsikan pengalaman mereka yang melucukan sewaktu pembaharuan lesen memandu.
Sumber: Twitter @nabihahaiman