Gambar Dan Video Kemeriahan Majlis Perkahwinan Drive Thru Pertama Di Malaysia

Baru-baru ini pasangan romantik Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss telah melangsungkan majlis perkahwin mereka berkonsepkan ‘drive thru’ yang pertama kali diadakan di Malaysia berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis tersebut masih mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak memerlukan ramai orang untuk berkumpul.

Menerusi perkongsian dari Facebook Farreed Sahar, beliau berkongsikan beberapa gambar serta video suasana majlis perkawinan tersebut. Beliau turut berkongsikan SOP untuk tetamu menghadiri majlis tersebut seperti yang terdapat dibawah ini:

SOP Kehadiran Tetamu Majlis

  1. Kenderaan tetamu beratur menuju ke kanopi pelamin.
  2. Suhu tetamu disemak oleh anggota RELA.
  3. Nama dan nombor telefon tetamu direkodkan.
  4. Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.
  5. Tetamu boleh berjumpa dengan pengantin yang sedang menunggu di pelamin untuk memberi salam, mengucap tahniah serta menyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.
  6. Hanya tempoh masa satu minit sahaja masa diberikan untuk setiap kenderaan tetamu.

Video Kemeriahan Majlis

Koleksi Gambar Kemeriahan Majlis

Kredit: Farreed Sahar

Leave a Comment