Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai bacaan doa naik kenderaan rumi, maksud doa naik kenderaan, adab menaiki kenderaan untuk panduan anda.
Artikel lain: Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Dan Lailahaillallah
Doa Naik Kenderaan
Berikut adalah panduan bacaan doa naik kenderaan untuk makluman anda.
Bacaan Doa Naik Kenderaan
Doa Naik Kenderaan Rumi
Doa naik kenderaan rumi adalah seperti berikut:
Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun.
Maksud Doa Naik Kenderaan
Maksud doa naik kenderaan adalah seperti berikut:
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Adab Menaiki Kenderaan
Berikut adalah adab menaiki kenderaan:
1. Baca Basmallah (Bismillahirrahman nirrahim)
2. Baca doa naik kenderaan
Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan.
3. Mulakan dengan langkah kanan
Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Ikut giliran
Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain.
Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.
5. Berdisiplin di jalan raya
Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang dan pemandu lain dan mementingkan diri sendiri.
Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.
6. Utamakan orang yang lebih memerlukan
Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.
Sumber: https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-naik-kenderaan/