Dalam artikel kali ini kami akan berikan panduan doa selepas azan, lafaz azan solat, kalimah seruan azan, cara jawab azan, bacaan doa selepas azan dan kelebihan azan & muazzin.
Tips solat: Lafaz Niat Solat & Bacaan Dalam Solat (Panduan Lengkap Rumi)
Doa Selepas Azan
Apa itu Azan?
Azan ialah seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat. Maksud azan ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Laungan azan hanya boleh dilakukan oleh muazzin atau bilal.
Apa itu bilal?
Bilal adalah orang yang meneriakkan azan.
Sunat Di Waktu Melaungkan Azan
Berikut adalah perkara sunat sewaktu melaungkan azan:
- Berwuduk
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdiri sewaktu azan
- Dilakukan di tempat yang tinggi
- Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
- Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
- Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”
Kalimah Seruan Azan
Berikut adalah kalimah seruan azan solat untuk solat selain daripada waktu Subuh:
Lafaz Azan Dalam Rumi
Berikut adalah lafaz azan rumi untuk panduan anda:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
Maksud Lafaz Azan
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Solat Subuh
Lafaz azan subuh adalah seperti berikut:
Lafaz Azan Subuh Dalam Rumi
Berikut adalah lafaz azan subuh rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
Maksud Azan Subuh
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Cara Jawab Azan
Berikut adalah cara menjawab azan:
Kalimah Hayya ‘alas-salāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah Hayya ‘alal-falāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm hendaklah dijawab dengan sodaqta wa bararta yang bermaksud Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Bacaan Doa Selepas Azan
Berikut adalah bacaan doa selepas azan:
Doa Selepas Azan Dalam Rumi
Berikut adalah doa selepas azan rumi untuk panduan anda:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksud Doa Selepas Azan
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Kelebihan Azan
Berikut adalah kelebihan azan dan kelebihan menjadi Muazzin:
- Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat
- Azan dapat mengusir syaitan.
- Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.
- Syurga Menanti Muazin
Sumber: Akuislam