Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021

Sebahagian besar penerima BPR selalu tertanya-tanya bila duit Bantuan Prihatin Rakyat dapat untuk tahun 2021? Untuk menjawab soalan ini, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan sekiranya permohonan baru dan penerima sedia ada telah diluluskan atau berjaya.

Cara Bayaran BPR 2021

Cara pembayaran BPR akan dibuat secara dua fasa dimana Fasa Pertama akan dibuat mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat, dan untuk Fasa Kedua, artikel akan dikemaskini setelah diumumkan oleh kerajaan.

Tarikh dan Jadual Pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat.

Berdasarkan Portal Rasmi BPR 2021, Pembayaran Fasa Pertama akan dibuat mulai Penghujung Februari 2021. Keterangan lanjut seperti gambar di bawah.

bayaran fasa 1 bpr 2021

Jadual Tarikh Bayaran BPR 2021

Tarikh bayaran bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat mengikut kategori adalah seperti di bawah:

Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

  • Sehingga 1 orang anak : RM1,200
  • Dua orang anak dan ke atas : RM1,800

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : Mulai Hujung Februari 2021 secara berperingkat – RM300
  • Fasa 2 : –

Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM2,501 Hingga RM4,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

  • Sehingga 1 orang anak : RM800
  • Dua orang anak dan ke atas : RM1,200

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : Mulai Hujung Februari 2021 secara berperingkat – RM300
  • Fasa 2 : –

Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM4,001 Hingga RM5,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

  • Sehingga 1 orang anak : RM500
  • Dua orang anak dan ke atas : RM750

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : Mulai Hujung Februari 2021 secara berperingkat – RM300
  • Fasa 2 : –

Individu Bujang (21 tahun ke atas) Berpendapatan RM2,500 ke bawah

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM350

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : Mulai Hujung Februari 2021 secara berperingkat – RM150
  • Fasa 2 : –

Penerima disarankan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Pengkreditan Duit BPR 2021 

Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang soalan mengenai BPR, sila hubungi atau rujuk pautan berikut:

Sumber: Mysumber