Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Resepi Enoki mudah & enak untuk dicuba
Lain: Koleksi Resepi Air Balang Viral
Isi Kandungan
Tunjuk
Enoki
Enoki ialah spesies cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.
Resepi Cendawan Enoki Sedap
Berikut adalah contoh resipi cendawan Enoki lazat & mudah untuk disediakan.
Cendawan Enoki Goreng Tepung
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Tepung serbaguna
- Tepung
- 1-2 paket cendawan enoki
- Minyak untuk menggoreng
- Air secukupnya
Cara memasak :
- Pukulkan telur dan salutkan cendawan enoki dengan telur tersebut.
- Dalam mangkuk yang berbeza, letakkan tepung serbaguna. Salutkan cendawan enoki tadi dengan tepung.
- Goreng cendawan enoki dalam minyak yang panas sehingga keemasan. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh buatkan cendawan goreng jadi liat.
- Sedia untuk dinikmati bersama sos kegemaran anda.
Cendawan Enoki Tumis Air
Bahan-bahan untuk resepi ini adalah :
- 1 paket cendawan enoki.
- Sayur sawi
- Tomato
- ½ biji cili hidup (dihiris nipis)
- 1 paket kecil bebola ikan (dibelah dua)
- Air
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
- 1 biji bawang besar (ditumbuk/dicincang)
Cara-cara :
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk atau dicincang sehingga keperangan.
- Seterusnya, masukkan air dan bebola ikan. Biarkan seketika sehingga mendidih.
- Letakkan sawi, cendawan enoki, cili besar dan tomato. Biarkan sehingga masak.
- Sedia untuk dihidang.
Sup Tofu Dengan Cendawan Enoki
Bahan-bahan :
- 1 paket tofu telur
- 1 paket cendawan enoki
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 cawan air
- Secubit garam
- Lada sulah secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara memasak :
- Letakkan sedikit minyak dalam kuali yang panas dan tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
- Seterusnya, letakkan tofu, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Letakkan pula cendawan enoki dan tutup periuk selama 2 ke 3 minit.
- Hiaskan dengan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.
Diharapkan resepi cendawan enoki di atas ini dapat memberikan maklumat baru kepada anda
Sumber: 6 Resepi Cendawan Enoki Yang Enak dan Mudah Untuk Dicuba (ecentral.my)