Enoki : Resepi Cendawan Yang Enak & Mudah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Resepi Enoki mudah & enak untuk dicuba

Lain: Koleksi Resepi Air Balang Viral

Enoki

Enoki ialah spesies cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.

Resepi Cendawan Enoki Sedap

Berikut adalah contoh resipi cendawan Enoki lazat & mudah untuk disediakan.

Cendawan Enoki Goreng Tepung

enoki

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Tepung serbaguna
  • Tepung
  • 1-2 paket cendawan enoki
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya

Cara memasak :

  • Pukulkan telur dan salutkan cendawan enoki dengan telur tersebut.
  • Dalam mangkuk yang berbeza, letakkan tepung serbaguna. Salutkan cendawan enoki tadi dengan tepung.
  • Goreng cendawan enoki dalam minyak yang panas sehingga keemasan. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh buatkan cendawan goreng jadi liat.
  • Sedia untuk dinikmati bersama sos kegemaran anda.

Cendawan Enoki Tumis Air

enoki

Bahan-bahan untuk resepi ini adalah :

  • 1 paket cendawan enoki.
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • ½ biji cili hidup (dihiris nipis)
  • 1 paket kecil bebola ikan (dibelah dua)
  • Air
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk/dicincang)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk atau dicincang sehingga keperangan.
  • Seterusnya, masukkan air dan bebola ikan. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  • Letakkan sawi, cendawan enoki, cili besar dan tomato. Biarkan sehingga masak.
  • Sedia untuk dihidang.

Sup Tofu Dengan Cendawan Enoki

enoki

Bahan-bahan :

  • 1 paket tofu telur
  • 1 paket cendawan enoki
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak :

  • Letakkan sedikit minyak dalam kuali yang panas dan tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
  • Seterusnya, letakkan tofu, garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Letakkan pula cendawan enoki dan tutup periuk selama 2 ke 3 minit.
  • Hiaskan dengan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.

Diharapkan resepi cendawan enoki di atas ini dapat memberikan maklumat baru kepada anda

Sumber: 6 Resepi Cendawan Enoki Yang Enak dan Mudah Untuk Dicuba (ecentral.my)