Contoh Soalan PKSK & Jawapan

Bermula 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau PKSK bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Kepada anda yang telah memohon, anda boleh buat semakan PKSK yang dijalankan di 555 pusat PKSK seluruh negara. Anda diwajibkan untuk lulus dalam ujian PKSK ini untuk cara masuk ke sekolah berasrama penuh.

Ujian PKSK juga meggantikan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) sebelum ini serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang tidak dijalankan bagi tahun 2020.

Bahagian PKSK Dan Kaedah Pentaksiran PKSK

Berdasarkan KPM, ujian PKSK ini akan merangkumi tiga bahagian iaitu kecerdasan insaniah (EQ, SQ dan SSQ) sebanyak 20%, kecerdasan intelek (IQ, pengetahuan am dan penyelasaian masalah) sebanyak 70%, serta artikulasi penulisan sebanyak 10%. Pelaksanaan Ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual adalah secara kaedah dalam talian atau online. Manakala bagi ujian artikulasi penulisan pula adalah secara bertulis

Pelaksanaan PKSK akan dibuat dalam 3 sesi. Setiap sesi akan terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 adalah ujian penulisan esei iaitu Bahagian C. Bagi penulisan esei ini, untuk calon kemasukan tingkatan 1 perlu menulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan, manakala bagi Tingkatan 4 sekurang-kurangnya 250 patah perkataan mengikut tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit. Bagi fasa 2 pula, calon akan menjawab soalan Bahagian A dan B secara online dalam masa 90 minit untuk tingkatan 1 serta tingkatan 4 termasuk 10 Soalan Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) serta Tips Menjawab & Jawapan

Berikut adalah contoh soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan contoh jawapan PKSK.

Tarikh Pelaksanaan

Berdasarkan KPM, tarikh pelaksanaan PKSK bagi ambilan Tingkatan 1 adalah seperti berikut:

  • Tarikh Mula: 20 Januari 2021
  • Tarikh Tamat: 29 Januari 2021

Bagi ambilan kemasukan tingkatan 4 pula, tarikh pelaksanaan PKSK adalah seperti berikut:

  • Tarikh Mula: 15 Februari 2021
  • Tarikh Tamat: 25 Februari 2021

Nota: Berdasarkan kenyataan KPM, bagi calon di kawasan negeri Sabah dan Selangor, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semakan Pusat PKSK

Untuk membuat semakan pusat PKSK rujuk panduan Semakan Pusat PKSK.

Format dan Jadual Sesi Pentaksiran

Berikut adalah format serta jadual sesi pentaksiran PKSK.

Format PKSK
Jadual Sesi PKSK

Contoh Soalan PKSK dan Jawapan

Berikut adalah contoh-contoh soalan beserta jawapan mengikut bahagian-bahagian dalam Penilaian PKSK.

Tips Menjawab Soalan PKSK

Sebagai membantu calon membuat persiapan, disediakan tips-tips am bagi menjawab soalan-soalan penilaian PKSK seperti berikut:

  1. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ): Calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
  2. Bahagian B: IQ, Penyelesaian Masalah: Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan
  3. Bahagian B: Pengetahuan Am: Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah tahun 6 serta Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa

Penjelasan lanjut EQ, SQ, SSQ dan IQ

  • EQ – Emotional Intelligence: Kecerdasan emosi bagi mengenalpasti, menggunakan, memahami serta menguruskan emosi ke arah yang lebih positif
  • SQ – Spiritual Quotient:  Kecerdasan bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak
  • SSQ – Social Skills Quotient: Kecerdasan bagi mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
  • IQ – Intellectual Quotient: Kecerdasan bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik)

Contoh Soalan-Soalan PKSK

Bahagian A: (Soalan SQ, EQ dan SSQ)

  1. Soalan: Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?
    Jawapan: Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
  2. Soalan: Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
    Jawapan: Telefon, tulis surat, hantar mesej
  3. Soalan: Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
    Jawapan: Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
  4. Soalan: Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda buat?
    Jawapan: Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
  5. Soalan: Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda
    Jawapan: Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
  6. Soalan: Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
    Jawapan: Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
  7. Soalan: Apakah tindakan jika dibuli kawan
    Jawapan: Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
  8. Soalan: Apakahtindakan jika rakan facebook ajak temujanji
    Jawapan: Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
  9. Soalan: Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
    Jawapan: Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
  10. Soalan: Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda
    Jawapan: Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
contoh soalan pksk

Bahagian B: (Soalan IQ dan Pengetahuan AM)

  1. Soalan: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8?
    Jawapan: YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
  2. Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia
    Jawapan: Kuala Lumpur
  3. Soalan: Apakah tema Hari Kebangsaan 2020?
    Jawapan: Malaysia Prihatin
  4. Soalan: Siapakah pengasas facebook
    Jawapan: Mark Zuckerberg
  5. Soalan: Adat perpatih negeri mana
    Jawapan: Negeri Sembilan
  6. Soalan: Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz adalah produk keluaran?
    Jawapan: Proton
  7. Soalan: Wau dari negeri mana?
    Jawapan: Kelantan
  8. Soalan: Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
    Jawapan: Negara China
  9. Soalan: Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
    Jawapan: 16 September 1963
  10. Soalan: Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
    Jawapan: Neil Amstrong
  11. Soalan: Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
    Jawapan: Tasik Kenyir
  12. Soalan: Siapa pencipta jalur gemilang
    Jawapan: Allahyarham Mohamed bin Hamzah
  13. Soalan: Labu sayong asal dari negeri mana?
    Jawapan: Perak
  14. Soalan: Namakan bapa pemodenan Malaysia
    Jawapan: Dr. Mahathir Mohamad
  15. Soalan: Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi
    Jawapan: Sukan berbasikal
  16. Soalan: Siapakah pengasas Apple?
    Jawapan: Steve Jobs
  17. Soalan: Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
    Jawapan: video masakan
  18. Soalan: Huraikan tentang fotosintesis
    Jawapan: Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
  19. Soalan: Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang
    Jawapan: Negeri Melaka
  20. Soalan: Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
    Jawapan: The rocket pocketman
  21. Soalan: Nama pemain bolasepak Spanyol
    Jawapan: Nacho, Sergio Ramos
  22. Soalan: Kaum terbesar di Sabah?
    Jawapan: Kaum Kadazan dusun
  23. Soalan: Pulau Pangkor terletak di mana?
    Jawapan: Perak
  24. Soalan: Nama Bendera Malaysia?
    Jawapan: Jalur Gemilang
contoh soalan pksk
contoh soalan pksk

Bahagian B: Penyelasaian Masalah

Bagi soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan mengikut silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK

Bahagian C: Artikulasi Penulisan 

Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK ianya adalah ujian penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan membuat latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk peperiksaan UPSR. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK adalah:

  1. Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
  2. Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
  3. Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
  4. Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh pkp dijalankan dimana sekolah ditutup.
  5. Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan bagaiman anda menyesuaikan diri dengan norma tersebut?

Maklumat Lanjut

Bagi calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PKSK, sila rujuk pautan yang disediakan di bawah atau hubungi talian bantuan yang berkenaan.

  • Soalan Lazim
  • Maklumat Umum
  • Sekolah Berasrama Penuh :03-83217400
  • SMK Agama: 03-83217200
  • SMT & KV : 03-88845154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-89465562 / 5565

Sumber: Mysumber