Sudah menjadi kebiasaan bagi laman-laman E-dagang popular seperti Shopee dan Lazada untuk mengadakan jualan pada setiap bulan. Namun begitu adakah harga barang-barang yang dijual ketika jualan memang benar-benar murah atau sebaliknya?
Untuk menyemak, anda boleh menggunakan laman AliPrice untuk mengetahui perubahan harga barang tersebut. AliPrice turut menyediakan sebuah extension khusus untuk memudahkan anda melakukan pemantaun perubahan harga untuk sesuatu produk di Shopee atau Lazada.
Muat-TurunĀ AliPrice untuk Shopee di Chrome
Muat-TurunĀ AliPrice untuk Lazada di Chrome
Anda boleh memantau perubahan harga untuk sesuatu produk dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan lepas. Secara tidak langsung, anda turut boleh melihat sama ada sesuatu diskaun itu diberikan penjual hampir setiap minggu, atau ketika acara seperti jualan 11.11 atau sebaliknya.
Sumber: Amanz