Harga Beras : Beza Jenama, Gred & Jenis

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info harga beras di Malaysia serta perbandingan jenama, gred & jenis beras dijual

Lain: Resepi Nasi Goreng Kampung

Harga Beras di Malaysia

Berikut merupakan info mengenai harga beras di Malaysia yang dikongsikan oleh laman Harga Beras di Malaysia: Perbandingan Jenama, Gred, Jenis (ecentral.my)

Apa itu Beras?

Menurut kamus Bahasa Melayu, beras adalah padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak

Akta Kawalan Harga Beras

Beras adalah salah satu barang terkawal. Peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5).

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta tersebut.

Harga Beras Semasa

Berikut merupakan harga maksimum jualan secara borong dan runcit

harga beras
  • Subruang (i) – Negeri Kedah dan Perlis, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dalam Pulau Pinang, daerah Krian dalam Negeri Perak, daerah K. Selangor dan Sabak Bernam dalam Negeri Selangor dan Negeri Kelantan, dikecualikan daripada daerah Gua Musang
  • Subruang (ii) – Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Perak, dikecualikan daripada Negeri-negeri itu daerah yang dimasukkan dalam Wilayah yang
    disebutkan dalam subruang (i)
  • Subruang (iii) – Wilayah Persekutuan, dan Negeri Selangor, dikecualikan daripadanya daerah K. Selangor dan Sabak Bernam
  • Subruang (iv) – Negeri Sembilan dan Melaka
  • Subruang (v) – Negeri Johor, Negeri Pahang dan Daerah Gua Musang dalam Negeri Kelantan
  • Subruang (vi) – Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kuching, Bintulu, Sibu dan Wilayah Persekutuan Labuan

Cara Semak Harga Beras Terkini

Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice melalui pautan https://iprice.my/groceries/rice/

Sumber: Harga Beras di Malaysia: Perbandingan Jenama, Gred, Jenis (ecentral.my)