Harga Tong Gas Memasak Terkini Yang Ditetapkan KPDNHEP

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan harga tong gas, harga gas memasak, harga runcit LPG semasa 2021, harga tong gas kosong yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

Tips lain: Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Pelbagai Fungsi

Harga Tong Gas Baru 2021

Harga Tong Gas Petronas

Harga runcit LPG atau harga gas memasak adalah RM1.90 sekilogram (kg) atau

  • RM19 bagi silinder 10kg,
  • RM22.80 bagi silinder 12kg dan
  • RM26.60 bagi silinder 14kg.

Harga runcit LPG ini ditetapkan kerajaan dan diwartakan melalui Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatuan 2011.

harga tong gas

Harga Gas Memasak

Dengan panduan harga tong gas baru ini, pembeli kena ambil perhatian di mana harga jualan bagi tong 12kg adalah RM22.80 dengan syarat pengguna ambil sendiri di kedai. Sekiranya perlu dihantar ke rumah pengguna, ianya akan ditambah dengan caj pengangkutan.

jika tong gas dihantar ke rumah pembeli dan ada caj pengangkutan atau penghantaran, penjual perlu menyatakan dengan jelas harga jualan runcit LPG dan caj penghantaran sama ada di premis perniagaan atau dalam resit jualan. Tanpa penjelasan, tindakan boleh diambil.

harga tong gas kosong

Sebarang aduan boleh dibuat melalui telefon Call Center 1-800- 886-800 atau melalui Sistem eAduan yang boleh dicapai dari pautan ini (e-aduan.kpdnhep.gov.my). Selain dari itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.

Sumber: harianpost.my