Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Izhar Halqi (Maksud, Hukum Bacaan, Contoh Ayat Dalam Al-Quran)
Lain: Ayat Kursi (Makna, Kelebihan, Bacaan Ayat Kursi Rumi)
Izhar Halqi
Izhar secara bahasa bermaksud jelas. Dari segi tajwid pula, izhar bermaksud mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluar huruf) tanpa bunyi dengung.
Ianya disebut sebagai izhar halqi kerana keenam-enam hurufnya keluar dari kerongkong atau halkum.
Huruf Izhar Halqi
Apakah huruf Izhar halqi?
Terdapat enam huruf izhar halqi, iaitu:
- Hamzah — ء
- Ha’ — ﻫ
- Ain — ع
- Ha — ح
- Ghain — غ
- Kha — خ
Hukum Izhar Halqi
Izhar halqi berlaku apabila terdapat huruf Nun yang mati/sakinah ( نْ ) atau baris dua/tanwin ( ــًــ , ــٍــ , ــٌــ ) bertemu dengan salah satu huruf dari enam huruf izhar ( ء ﻫ ع ح غ خ )
Apabila ini berlaku, maka cara bacaannya adalah terang dan jelas (izhar) tanpa dengung.
Contoh Izhar Halqi
Berikut adalah contoh-contoh bagi izhar halqi mengikut huruf:
Huruf | Nun Mati ( نْ ) | Tanwin ( ــًــ ــٍــ ــٌــ ) |
---|---|---|
ء | وَيَنْئَوْنَ مِنْ أَنفُسِكُمْ | عَذَابًا أَلِيمًا رَسُولٌ أَمِينٌ |
ح | مِنْ حَدِيدٍ وَتَنْحِتُونَ فَمَنْ حَآجَّكَ | صَدِيقٍ حَمِيمٍ مَآءً حَمِيمٍ غَنِيٌ حَلِيمٌ |
خ | وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَإِنْ خِفْتُمْ | لَّبَنًا خَالِصًا يَوْمَئِذٍ خَشِعَةٌ |
ع | أَنْعَمْتَ مِنْ عَمِلَ مِنْ عَلَقَةٍ | مُّسَوَّمَةً عِندَ يَوْمٍ عَظِيمٍ عَذَابٌ عَظِيمٌ |
غ | فَسَيُنْغِضُونَ مِنْ غَفُورٍ | إِلَهًا غَيْرِى مَّآءٍ غَيْر وَرَبٌّ غَفُورٌ |
ﻫ | يَنْهَوْنَ مَّنْ هَدَى | كُلًّا هَدَيْنَا قَرْنٍ هُمْ أَفَسِحْرٌ هَٰذَآ |
Contoh Izhar Halqi Dalam Al-Quran
Berikut adalah contoh izhar halqi yang terdapat dalam al-Quran:
1. Surah Fussilat ayat 32
نُزُلٗا مِّنۡ غَفُورٖ رَّحِيمٖ
2. Surah al-Baqarah ayat 35
وَقُلۡنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا
3. Surah al-Baqarah ayat 25
تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا
4. Surah al-Baqarah ayat 74
مِنۡهَا لَمَا يَهۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ
Diharapkan info mengenai Izhar Halqi di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.
Sumber: IZHAR HALQI (Maksud, Hukum Bacaan & Contoh) • AKU ISLAM