Waktu Operasi Poslaju PKP Fasa 1, Fasa 2 & PKPD Terkini

Berikutan dengan pengumuman kerajaan Malaysia tentang PKP Fasa 1 dan pelaksanaan PKPD di seluruh negara mulai 3 Julai 2021, Poslaju telah mengemaskini waktu operasi di seluruh Malaysia.

Pelanggan dinasihatkan untuk mengubah alamat bungkusan anda kepada alamat rumah masing-masing disebabkan penutupan pejabat dan premis perniagaan ketika tempoh tersebut.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan waktu operasi Poslaju PKP serta info lain yang berguna untuk anda.

Cara isi Borang Poslaju Online: Cara Isi Borang Poslaju Online & Print (e-Connote/e-Konsainan)

Cara Pos Motor: Cara Pos Motor Guna Poslaju, Harga Pos Motor Disediakan

Waktu Operasi Poslaju PKP

Perkhidmatan Ubah Hala / Redirection Request Disediakan

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ubah hala disediakan serta-merta dari sekarang hingga diumumkan kelak. Cara ubah alamat Poslaju, Poslaju tukar alamat atau perubahan alamat / redirection request melalui pautan berikut: https://bit.ly/redirectionrequest.

Anda hanya perlu mengisikan nombor tracking bungkusan anda, poskod asal, e-mel dan nombor telefon. Kemudian, anda boleh mengisikan alamat baru bagi bungkusan yang ingin diubah hala atau destinasi.

poslaju tukar alamat

NOTA: Bagi pelanggan di Lembah Klang, perkhidmatan ubah hala disediakan ke mana-mana alamat rumah di sekitar Lembah Klang. Manakala bagi pelanggan di luar Lembah Klang, perkhidmatan ubah hala hanya disediakan ke alamat rumah yang berada dalam kawasan liputan yang sama dengan alamat asal.

Selain itu, Pos Malaysia turut memaklumkan bahawa kelewatan penghantaran mungkin berlaku disebabkan pelbagai kekangan dalam tempoh PKP Penuh ini.

Senarai Cawangan Poslaju & Waktu Operasi Poslaju Dalam Tempoh PKP

Menurut kenyataan Poslaju terkini, mulai 3 Julai 2021, waktu operasi sepanjang PKP adalah seperti berikut:

ISNIN – JUMAAT

  • Semenanjung Malaysia: 8.30 pagi sehingga jam 3.00 petang
  • Sabah / Sarawak :8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang

SABTU – AHAD: TUTUP

Berikut adalah info penuh kenyataan tersebut untuk rujukan anda:

waktu operasi poslaju pkp

Untuk melihat senarai cawangan dan waktu operasi Poslaju dalam tempoh PKP, sila rujuk senarai di pos outlet finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder

Maklumat lanjut atau pertanyaan, sila ajukan kepada AskPos di pautan berikut: www.pos.com.my.

Sumber: Harian Post